Wednesday, June 9, 2010

Bebaskan Harimu Dengan Cintaku



Dunia tanpa cinta sudah pasti hancur. Begitu juga manusia.

apa nilaian remaja sekarang tentang cinta sebenarnya?

adakah ia cuma satu perkataan?
adakah ia cuma satu perasaan suka?
perasaan ingin dimengerti?
atau cuma sekadar keinginan yang biasa-biasa saja?


betapa rendahnya nilaian cinta itu bagimu jika Ya adalah jawapan untuk setiap persoalan di atas.

nak kenal cinta sejati?

1- lebih banyak kepada re-actions
2- kurang dalam setiap perkataannya kerana lebih kepada tindakan.
3- tidak terucap dengan kata-kata.
4- sering melindungi dirimu dan mempertahankan maruah mu sebagai seorang wanita
5- sering mengingatkan mu pada mata-mata jahat yang memandang
6- tidak akan menyakiti kamu apalagi merosakkan dirimu
7- tolak ansur


ya ialah... kalau kebanyakan bicaranya bisa jadi bohongkan?!!! hahhaa...
tapi memang benarlah akan hakikat 7 perkara di atas. aku dah kaji dalam banyak hal, dari pelbagai perspektif dan macam-macam hal...

satu malam aku berbicara dengan seorang hamba Allah. dia bertanya kepadaku...
" macam mana dia boleh tak sedar dengan apa yang dia dah buat pada awek dia? awek dia meronta minta dilepaskan?"

aku cuma terdiam. bagi aku sukar untuk aku perjelaskan kepada dia. lepas tu dia sambung lagi.

" dia bagitau dia sayang sangat pada awek dia. dia tak boleh kehilangan awek dia."

lantas dia tanya...
sekiranya itu yang berlaku ke atas aku apa yang akan aku buat.

lalu ku jawab:

" aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cinta ku pada mu"

"tak fahamlah... boleh jelaskan tak?"

aku minta dia untuk faham dengan sendirinya.

ketika aku baru selesai membaca buku pagi itu. dia lantas menelefon ku kembali. dia brtanyakan hal yang sama. lalu aku bagi satu situasi.

"remaja sekarang. bila dah terlanjur, setiap yang perempuan harapkan pertanggungjawaban. betul tak?"

"ya...ha'ah"

"tapi nak harap apalagi kalau seorang lelaki tu sebelum kawin pun dia dah tak mampu nak jaga maruah kita. jadi seeloknya kita berharap pada yang betul-betul Kasih dan Cinta pada kita. satu-satunya Allah. bagi aku, yang lepas tu sudahlah. mungkin juga sebelum ini dia selalu jumpa di mana semua wanita akan berharap merayu untuk dia bertanggungjawab. itu yang akan buat dia semakin ego sebenarnya. tapi sayang jika orang itu adalah aku. aku akan buat dia kenang sepanjang hayat dia apa yang dia dah buat. bukan kerana dendam? ambil iktibar untuk dijadikan pengajaran. kerana aku tahu bukan senang untuk meraih taubat nasuha. taubat yang sebenar-benarnya taubat."

"maksudnya? awak akan pergi dari hidup saya?"

exactly!

dia sambung lagi...
"habis tu macam mana nak elak tu semua daripada berlaku? bila difikir-fikir balik... jadi takut nak jumpa. takut jika hal seperti itu akan berlaku. aku cuma manusia biasa bukan malaikat."

"ingat tak apa yang pernah saya cakap dulu? dalam islam itu sudah ada garis panduannya. kita ikut sahaja insyaAllah. Allah dengan sendiri akan jaga kita yang berusaha untuk tegakkan syariatNYA."

lantas bila talian dimatikan...

aku hantar sms:
kalau bukan kita. siapa lagi yang harus mengamalkan ajaran Islam itu sendiri. tak kiralah walaupun cuma sedikit sahaja. jangan risau, takut dan sedih. Allah lebih tau susah payah yang kau rasakan. selagi engkau masih berjalan di atas landasan yang betul . Allah pasti akan menjaga kau dari tergelincir ke jurang yang lebih dalam. jika kau mencintai seseorang. jagalah dirinya, maruahnya, kehormatannya, agamanya, sebagaimana kamu berusaha melindungi saudara perempuan kamu sendiri.

Nota: aduhai lelaki - lelaki di luar sana. pernahkah anda terfikir sehingga ke tahap apa yang difikirkannya? ketahuilah, Allah telah memberi setiap pasangan itu dengan satu persamaan tapi berbeza karektornya. itu sudah pasti ada sebabnya. renungi dirimu baik-baik wahai lelaki di luar sana? pernah kah dirimu berkongsi apa yang kau rasakan terhadap pasangan mu tidak kira dia adalah teman special kamu ataupun isteri mu ataupun tunanganmu? berbahagialah kamu sekiranya mendapat seorang teman yang bisa membantu kamu untuk sama-sama menjaga agama dalam dirimu.

kebangkitan islam itu hanya akan bermula dengan menilai atau berfikir tentang keruntuhan yang sedang berlaku dalam masyarakat islam itu sendiri sekarang.
fikir-fikirkanlah!!!

0 comments: