Wednesday, December 9, 2009

Al-kisah satu sepasang kekasih

Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya * Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie.. saya takut la..
Si Lelaki : Tak nak.. bawak laju-laju macam nie ler seronok..
Gadis : Tak.. tak seronok pun.. tolonglah.. saya takut sangat nie..
Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie.. awak kena kata awak cintakan saya dulu..
Gadis : Ok. Saya cintakan awak !
Si Lelaki : Ok.. sekarang peluk saya kuat-kuat. *
Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *
Si Lelaki : Awak.. boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak.. Saya rasa tak selesa lah..

***** Dalam surat khabar keesokkan harinya : Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat. Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu... Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak " dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi kaledarnya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat... Walaupun itu bererti dia akan terkorban. Jadi sekiranya ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya untuk selamanya

0 comments: