Wednesday, July 15, 2009

Bukan Mak Bapak Lipan

semalam aku tidur awal daripada biasa lebih kurang setengah kilo dekat-dekat nak 12 setengah malam jugak. dalam tidur ni entah apa bendalah yang aku mimpi. aku mimpi ada seseorang kene marah ngan boss dia sebab bil opis melambung dia guna buat call awek dia. penyalahgunaan betulkan? huhuuu... lepas tu aku mimpi aku tengah chat kat ym dengan budak syed bla bla bla... ( macam the end je aku tengok dah bagi salam, dah seru take care) huhuuu...

tak lama lepas tu aku terbangun dari tidur. celik je mata dalam keadaan mamai aku berpijaklah dibunyi nyata. tak sampai sepuluh saat aku terlompat lalu hampir tersungkur. tetiba mata aku tertegun dengan satu benda yang merayap di atas lantai. secara tidak langsung kaki yang sakit terpaksa ku tahan lalu aku melompat ke atas katil. aku cuba kembali ke alam sedar yang nyata .. oh...baby lipan rupanya! aku melihat kaki aku ... sudah agak kemerahan. kaki yang sakit terpaksa jua aku bawa masuk ke toilet.( kang aku tinggalkan kat luar cemaner lah keadaan aku nak melangkah, tongkat pun tak tempah lagi ni). dalam kepayahan aku melangkah keluar dari toilet ... aku pergi ke dapur lalu membuka icebox. aku ambil kiub ice dan letak kan dia atas tempat yang terkena gigitan lipan tu. (entah doktor mana yang ngajar ek). mula-mula tu rasa okay tapi tak sampai 5 minit kemudian sakitnya lebih daripada biasa. aku tak tahan. aku masuk bilik. aku nangis... sakit itu terasa semakin mengganggu perasaan aku. ingin sahaja aku memanggil umie dan abie...aku tengok jam oh no! baru pukul 2 lebih pagi. aku mesti bertahan hingga ke subuh. aku mesti bertahan!!! akhirnya, aku melangkah sekali lagi keluar dari bilik. aku mencari minyak gamat. dan akhirnya terjumpa berdekatan dengan telefon rumah ( maaf...no tepon rumah tidak dapat disiarkan!) aku ambil minyak gamat lalu ku buka penutup dan sapu minyak itu ke bahagian yang terkena sengatan itu. kelihatan kaki aku sudah mula membengkak. selesai tugas itu aku melayan animal planet dan akhirnya rasa kantuk ku mulai datang. aku menutup televisyen lalu tertidur di kerusi yang berada di ruang tamu entah jam berapa.

Nota: Allah memberi cubaan dan rasa sakit yang datang itu sesuai dengan kemampuan kita! oleh itu jangan pernah mengalah dengan rasa sakit yang bertandang. itu semua hanyalah cubaan sama ada anda sedar atau tidak siapa diri anda yang sebenarnya...

0 comments: