Saturday, February 14, 2009

seusai solat asar

"syuhada baca doa!" gadis kecik itu memberi arahan.

setiap bait doa-doa yang dibaca diddengari dengan penuh khusyuk tetapi...ada sesuatu yang menggusar jiwa gadis itu...
selesai doa amin....

si gadis itu pun mula membuka ayatnya...
"syuhada...mana hilang doa untuk ibu bapa?!!!" tanya gadis itu dengan lembut tetapi tegas.

syuhada pula menyorok dibelakang kawannya.

" minggu depan saya nak orang yang keseterusnya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. belajar lagi di rumah!" tegas gadis tersebut...

semua diam...kemudian gadis itu menyambung bicaranya sambil melihat jam ditangan yang menunjukkan masa tinggal 10 minit lagi lewat jam 5 petang.

" siapa atau barisan mana yang duduk elok² dan tak buat bising boleh keluar awal!"

masa tinggal 5 minit lagi!

gadis itu bersuara lagi...

"siapa yang rasa dia comel boleh berdiri, bg yang lelaki salam dengan imam, salam dengan saya dan ustazah alizan...dan pergi rehat cukup waktu boleh balik."

semua murid-murid yang ada gelak ... ada juga yang nak angkat tapi tak jadi pulak...

2 minit berlalu....
ayat yang sama diulang!
akhirnya....salah seorang pelajar tahun 5 lelaki berdiri dan salam dengan saya, imam dan ustazah alizan dengan muka selamba...

seminit kemudian...
ayat tersebut diulang sekali lagi...
tiba²...semua mereka berebut-rebut nak bersalam. tapi yang musykilnya ...

I- adakah mereka kerana mereka merasa diri mereka comel!

atau

II- tergesa-gesa nak balik rumah!

musykil...musykil!!!

0 comments: