Tuesday, February 17, 2009

akmal owh akmal ?!!!

hohohoo terbeliak biji mata korang semua ye...
eh jangan terbeliak dulu tak ada hal punyelah...

tadi aku dah masuk tidur sebenarnya. tapi mata tak dapat nak lelap. tetibe je ulcer aku meradang. nak tak nak aku kene layan jugak. nasib baik kredit ciput je. tinggal happyline je yang berkredit. kalau tak terpaksa jugaklah si dewa83 melayan omelan aku kerana rintihan akibat ulser. fuyoh ayat! gempak bebenor ayat kat situ yer.

mula-mula aku nak cerita apa dah berlaku pagi tadi.

al-kisah sepagi tadi...erk...ok ke perkataan sepagi tuh?!!!
aku main² henpon (dah tak ada kerja nak buatlah tu...)dan terfikir nak format n73 aku sendiri. bila aku dok try nak format dia cakap operation application in use...eh betul ke ape aku taip ni..aku mana ada faham speaking london ni..berkali-kali aku cuba alih-alih aku plain nak tanya akmal sebab dia cakap boleh format sendiri. jadi aku tanyalah. memandangkan henpon aku ni seangkatan dengan henpon dia. aku tanya kenapa tak boleh. dia cakap dia pun tatau. lepas tu sempat jugak aku bitau dia mintak maaf sebab malam ahad tu aku tak join. bukan apa. masalah cpu pulak yang datang menyerang. tapi kan...aku musykil le bile dia cakap dia kat tempat keje tapi aku dengar sunyi sepi je...aku tanyalah. dia cakap betullah dia kat tempat kerja sekarang ni...aku jadi blur...dulu cakap keje buruh kasar....aku ingatkan buat bangunan le tuh mesti ada bunyi bisingkan? rupa-rupanya tak lah seburuh kasar tuh. hahha tapi memang betul lah apa dia cakap jadi kuli jer...kuli pun kuli le akmal janji halal!

cerita pasal akmal teringat aku ayat chinta. dia suka sakat akmal sekarang ni. masa tu dia buat stetment time aku baru dapat chat lagi...alah malam 14hb februari tuh...
aku tanya kenapa? dia jawab saje je...hahha tak payah jawab pun aku dah tau jawapannya chinta...yelah...kan best kerja sakat-sakat orang ni. dulu aku pun suka buat juga. tapi selalu yang jadi mangsa budak-budak yang romantik² kat blog cekgu kerepek. hhaahaaa... yang lawaknya malam tu chinta cakap akmal dah berumahtangga hhaha nasib baik akmal tak ada. kalau ada sah chinta cepok ngan cpu kat cc hahaa...
aku teringatlah cerita yang spy aku kasi kat aku kan? aku tanya chinta dia ade buat gosip aku ngan akmal yer...itu semua n73 punya pasal lah...hhahaaa macam² kenakalanlah chinta mirae nieh hhahhaa...kang tak pasal² akmal terasa aura samurai kang hhaha sape nak jawab tuh hahaa...

itu kes gosip panaz yang dibuat chinta...

tapi kes yang satu ni aku agak musykil sikit. tapi aku rasa memang salah faham kot.
ceritanya begini. aku main sms dengan akmal. tak lama lepas tu akmal tanya aku crayon nak mintak nombor aku. kasi ke? aku cakap ko kasi je lah kalau setakat crayon dan kawan² yang aku kenal. tapi jangan pulak bagi kat orang yang di luar kawasan kang perasan lak aku jadi glamour hahhaa....

jadi sepetang itu tetibe je ade org sms aku number hotlink. giler betol aku...nak tau kenapa? jom meredah...

hotlink: salam. apa kabar lm x dgr berita. aku jawab le seadanyakan...tapi disebabkan aku tatau siape punya nombor aku siap taip, nama crayon ngan chinta...hahhaa...dia pun reply. baru aku sure yg dia tu crayon. fuh!ingat peminat mana tadi...hahhhaa....sms punya sms. aku cerita jugalah apa yang sudah berlaku kat pc aku..eh silap abg aku punye pc lah. huhuu...dan entah cemaner boleh terbabas ke topik buah hati pengarang jantung. jadi dia cakap aku dalam diam tak bitau dia yg dah ada yang punya. aku cakap lor bukan apa-apa lagipun. dulu aku pernah jugak beritahu dia pasal "seseorang" tuh mungkin dia tak perasan. sebab itu cerita tahun lepas. aku tak chat berapa kurun dah hahaa...yang aku musykil ni dia ayat crayon...pendek je ayat tapi memberi kesan kat dalam hati aku hahaa....

" erk..bukan dia orang seberang ke?"

aku jawab jugak. memanglah dia orang seberang. seberang laut china selatan.

dia balas lagik. berapa lama dah?

aku jawab le 19hb ni insyaAllah masuk 7 bulan aku kenal dia.

sekali dia kasi ayat power kat aku. tak sangka aku ko ngan akmal dah lama dah couple...

erk...aku macam tak percaya je dengan ayat yang dia hantar tuh. lor...bila masa pulak aku cerita pasal akmal. aku tanya dia balik.

dia tanya aku balik, lor yang ko cerita tadi bukan akmal ke?

sah! dia salah faham. tapi salah aku gak taip berbelit hahaa...aku jawab le bukan dia lah. orang pahang yang aku pernah cerita kat ko dulu...

hahha dia kata dia ingat tadi akmal. kalau tak timbul le gosip satu lagi yang akan dibuat chinta hahhaha...

1 comments:

RuDZ said...

sha..xleh blah weh citer neh..klakar siot..byk tul gosip2 liar..