Friday, August 22, 2008

MuNgKiN EsOk aJaL KiTa?!!!


www.iLuvislam.com
oleh:everjihad


Ini pertama kali saya berbicara melalui Tinta Admin. Sebelum ini, saya hanya sekadar menjalankan tugas menyiarkan artikel. Entah kenapa, terasa mahu berkongsi rasa hati ini bersama semua pengunjung iLuvislam agar kita bersama-sama bermuhasabah diri. Tinta ini sekadar mahu berpesan kepada diri ini dan juga yang membacanya. Moga dapat memberi manfaat dalam memperbaiki diri.

Hari ini, sedang saya asyik melayari internet, tiba-tiba saya mendapat offline message dari seorang hamba Allah yang tidak berapa saya kenali namun, butiran message itu cukup membuat perhatian saya beralih.

Salam. Sedekahkan Alfatihah ke atas arwah Arif Fuad (MRSM Taiping batch 2005..kelas 9) atas pemergiannya. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama roh2 orang yg beriman.amin.

Lamunan saya terhenti. Tersentak hati saya seketika apabila mendapat message sebegitu. Walau saya tidak pernah mengenali pun siapakah gerangan lelaki itu, namun ini cukup menarik perhatian saya. Pada fikiran saya, pastinya si arwah itu, tidak jauh beza umurnya dengan saya. Saya jadi sangat curiga. Lantas, saya bertanya kepada pengirim berita. Bila meninggalnya? Dimana? Apa punca kematian? Kemudian saya tahu, si arwah berusia 20 tahun, meninggal dunia hari ini, puncanya, flight terhempas di Langkawi. Jantung seakan berhenti berdegup. Flight terhempas? Mengerikan! Dalam hati berdesis, “ Ya Allah muda lagi. Memang ajal tak kenal usia! Agaknya macamana la kalau itu aku? Macam tu jugak kot orang sebar-sebarkan!”

Fikiran saya teringat pula pada satu post pengunjung blog saya, yang saya kunjungi blognya secara tak langsung hari ini. Ya, post itu cukup tepat sebagai satu peringatan kepada saya dan sangat berhubungan dengan keadaan semasa.

AKU BIMBANG
Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..


TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH


Cukup bermakna peringatan ini. Mengingati mati sungguh menginsafkan. Lebih-lebih lagi, bila melihat yang ‘pergi’ itu sahabat sendiri. Terasa bagai diri ini pula bakal dijemput sebentar lagi. Rasa cuak menyelubungi hati bila membayangkannya. Teringat saya pada tulisan Imam Al-Ghazli dalam kitab Bidayatul Hidayah menyebut:

Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu, kelak engkau merasa malas berbuat ibadat. Katakan di dalam hatimu setiap hari:

“Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi”

Keinsafan menguasai diri. Kini, yang perlu diamati,ialah amal. Amal yang IKHLAS perlu ditingkatkan, taubat mesti diperbanyakkan. Meninggalkan dosa harus dilakukan agar diri tidak mendapat azab Ilahi. Ayuh bersama kita perbaiki diri sebelum diri dijemput Ilahi. Moga kita semua mendapat naungan rahmat-Nya. Amin.

NOTA: ini sha baca kejap tadi dan sahaja nak share bersama sekadar buat renungan bersama...

0 comments: