*pembetulan untuk lirik lagu jalan cinta ost ayat-ayat cinta
Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
derai air mata di setiap sujudmu
seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
....oo... Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta
dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
...oo... Cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita...
jalan cinta….apa itu cinta?
tiada seseorang pun yang bisa menterjermahkan sifat cinta itu yang sebenar-benarnya. terdapat banyak percanggahan yang mengaitkan tentang topik cinta oleh kerana pemahaman yang berbeza tentang cinta.
sesungguhnya manusia itu telah dari azali penciptaannya dikurniakan satu naluri untuk saling cinta-mencintai. dan itu merupakan sebahagian daripada rahmat Allah. tiada siapa pun di dunia ini yang bisa lari daripada merasakan hal yang sama.
namun terdapat banyak perdebatan dalam kepentingannya cinta itu dalam kehidupan seharian kita. ada yang mengatakan cinta itu penting…tapi sejauh manakah kepentingan cinta itu yang mereka maksudkan?
pernah sha berbincang hal yang berkaitan dengan cinta bersama teman-teman. dan majoritinya mengatakan sebelum ijab Kabul kita mesti bercinta dulu. sha bertanya kenapa mesti bercinta? tak bolehkah kita untuk tidak mengikut seperti aturan tersebut? dia kata..eh bercinta itu penting. dalam masa bercinta inilah kita akan saling kenal mengenali hati budi masing-masing. ermmm…bagus jugakan jawapan yang telah diberikan? tapi hati sha tetap mengatakan itu semua tidak penting sebab itu semua bukan jaminan kebahagiaan cinta yang hakiki.
entahlah sehingga sekarang sha masih tidak pasti. apa benarkah kenyataan yang mereka berikan dan apakah tepat segala jawapan yang telah mereka berikan pada sha?
namun yang sha pasti cinta yang mereka war-warkan adalah kebahagiaan yang sementara. sha tidak pasti mampukah mereka mengekalkan apa yang mereka rasa itu sehingga ke akhirat? mampukah mereka pertahankan cinta itu dengan cinta yang sebenar-benarnya cinta? nampak sangat sha ni macam tak pastikan?
# sekiranya pilihan itu masih ditangan sha… sha inginkan sebuah kisah cinta seperti lirik lagu di atas…jalan cinta….
inilah cinta yang sebenar…cinta yang bersandarkan pada hakikat cinta yang sebenar.
ini kerana cinta itu mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab bukan hanya pada insan yang kita cintai..tetapi juga pada diri sendiri, keluarga orang-orang di sekeliling kita dan semestinya yang paling tinggi itu adalah pada Allah dan rasul-Nya.
namun sayang hakikatnya sekarang cinta itu bagaikan batu yang tidak ada nilainya. ramai sangat hambaNya telah mempersendakan element-element yang penting seperti ini. yang mereka tahu cinta itu enjoy. tidak hairan lah ada yang sanggup bercinta dengan 2 3 orang sekaligus dalam satu masa yang sama. tidak pernah terlintas kah di hati mereka. cinta itu satu amanah yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya sepertimana kita menjaga maruah diri kita. apakah cinta itu terlalu enteng sangat di dasar hati dan pemikiran mereka?
selain daripada mengajar seseorang itu menjadi lebih bertangggungjawab, cinta itu juga mengajar saling bersefahaman walau terdapat banyaknya perbezaan antara mereka. sebagaimana Allah s.w.t telah menjadikan setiap ciptaanNya berpasang-pasangan. dan setiap itu juga terdapatnya perbezaan antara satu sama lain. perbezaan inilah sebenarnya yang mengharmonikan kehidupan kita sekiranya kita mengikuti jalan yang Allah s.w.t telah tetapkan untuk kita semua. insyaAllah...
dan seterusnya, ia mengajar seseorang berpendirian teguh. berpendirian yang seperti apa? contohnya setia. setia pada seorang teman. setia pada seorang isteri. itu semua mengajar kita sekaligus tentang untuk saling memahami dan saling bertanggungjawab dalam bercinta.
sebagaimana setianya Allah pada kita semua. Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaatpun. bahkan sekelip mata pun kita tidak pernah diabaikan oleh Allah. kerana adanya pendirian. Allah itu bersikap Maha Pemurah. segala rezeki dibahagikan sesuai dengan usaha kita. tidak mengira sama ada anda seorang muslim ataupun bukan muslim. itulah indahnya perasaan cinta Allah kepada kita semua…
namun sesungguhnya manusia itu memang tidak pernah tahu menghargai dengan setiap kurniaan daripada Allah sehingga ada yang sanggup mengotori hakikat cinta yang sebenar. aduhai sahabat yang ku sayangi semua…tidak kira anda seorang muslim ataupun anda seorang yang bukan muslim. sama-samalah kita menjaga cinta yang sebenar-benarnya cinta ini. kalau bukan kita yang menjaganya siapakah lagi yang akan bertanggungjawab untuk menjaga amanah yang satu ini? ingatlah tanpa cintaNYa kita tidak mungkin hidup dengan penuh tenang di atas muka buminya.
kerana perasaan cinta yang telah lunturlah yang menjadikan dunia ini kucar-kacir. rakus, tamak, haloba, hasad dengki saling menguasai diri manusia itu sendiri. semuanya berlumba-lumba untuk berkuasa menunjukkan tahap kehebatan masing-masing . tidak kira engkau seorang pentadbir Negara ataupun engkau seorang rakyat biasa. pupuklah cinta yang sebenar-benarnya cinta dalam dirimu. tidak kira pada siapa yang engkau cintai…sama ada untuk diri sendiri, keluarga, dan sahabat-sahabat anda.
aduhai remaja sekalian…ingin sekali sha bertanya ?
#untuk apa kalian mengumpul semua hati-hati wanita dan laki-laki dalam satu masa?
#apakah kalian juga ingin menunjukkan kehebatan diri kalian?
#apakah kalian juga mengganggap cinta itu hanya sekadar untuk keseronokan sahaja?
#apakah anda merasa berbangga apabila ramai hati yang terluka dan tersentuh oleh tindak tanduk kalian terhadap mereka?
# apakah anda merasakan bahawa anda tidak bersalah malahan merekalah yang bersalah sebenarnya kerana menierim dan mengganggap bahawa ucapan mu itu adalah benar sehingga menyebabkan hati mereka sendiri yang merana?
#apakah anda tidak pernah merasa bersalah walau secubit rasa pun?
jadikanlah diri anda seorang yang berpendirian teguh… yang bertanggugjawab ke atas cinta dan saling memahami sesama pasangan anda. mengkhianati cinta anda sendiri adalah sama seperti anda bukan seorang yang berpendirian malahan cinta anda terlalu murah harganya bahkan tidak bernilai langsung. semurah itukah jugakah harga diri anda? anda menjawab oh..itu tidak mungkin kami tidak pernah menjual diri kami. mungkin ya..tapi hakikatnya anda menjual cinta anda hanya semata-mata untuuk sesuatu yang tidak ada kepastiannya. tidak ada hujung pangkalnya..apakah itu yang anda katakan anda tidak menjual harga diri anda…dan bukankah sebahagian rasa cinta itu juga melibatkan diri anda yang sebenarnya? pernahkah anda terfikir tentang itu semua? < bicara untuk seorg playboy dan seorg playgirl>
aduhai…remaja sekalian…sha meminta dengan seikhlas rasa cinta terhadap kalian tidak mengira anda adalah seorang lelaki ataupun wanita, muslim ataupun non-muslim…berbuatlah muhasabah diri selalu. supaya kita semua tahu dan berusaha bersama-sama melindungi rasa cinta yang sebenar-benarnya ini. sama-samalah kita berjanji untuk mempertahankan dan memperjuangkan erti dan rasa cinta yang sebenarnya untuk meraih cinta yang hakiki.
nota: untuk dihayati bersama-sama
#Semua resah hati manusiamu, Untuk membagi kisah atas nama cinta, derai air mata di setiap sujudmu, seperti tak pernah cukup untuk menjagaku, Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku, Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampun yang engkau pinta, dalam semua keraguan yg tlah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu, Pada diriku dalam jalan dan ridho-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu...
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku, Di tengah terik matahari dan dinginnya malam, Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita...
(apakah “seseorang” itu nanti akan memahami setiap bicara aku di sini? insyaAllah)
penguasa alam
tolonglah pegangi aku, biar ku tak jatuh, pada sumur dosa yang terkutuk, dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa, lebih adil pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna, ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini, takdir cinta harus begini, ada kau dan dia bukan ku yang mau, oh tuhan kuburlah hatiku
bicara hati sha83kaizer!
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment