bertarikh 30hb julai 2008
sha mengenali seorang sahabat melalui skype dalam pukul 10:00++ p.m...beberapa hari telah berlalu...rupa-rupanya sha masih belum lagi menjawab persoalan yang telah diajukan...disebabkan masalah server yang bermasalah sekejap-sekejapnya...jadi saya terlepas pandang dengan soalan yang telah diberikan...
bila baca balik ape yang dibualkan dari mula² tu memang kecoh jugak le...baru malam semalam dia mendapat penjelasan daripada sha sepenuhnya...
sha ada letak kat skype satu doa...sebenarnya doa ini dipetik dari sebuah novel ayat² cinta hasil penulisan Habiburrahman El Shieraziey
doanye: Ya Allah letakkanlah dunia ditanganku, jangan dihatiku...
dia kate permintaan saya terlalu besar...(sbb ssya mintak dunia ditanganku)...saya naik hairanlah...saya tak pernah meminta apa² daripada sesiapapun...sampai orang bagi free topup pun saya marah...ermmm...bila dia jelaskan akhirnya saya faham...
saya bagitaulah...keistimewaan doa ini...apa maksud yang tersirat disebaliknya...syukur alhamdulillah akhirnya dia faham jugak...jadi mungkin dia miss sikit kowt...tak mengapa...
***bila letak dunia dihati...nanti hati akan kelabu dengan kemewahan, kesenangan, kecantikan, pangkat, darjat, semua akan jadi ukuran...begitu juga dengan setiap perkara yang kita lakukan akan kurang mendapat berkat kerana kita melakukan sesuatu kerana kesenangan dan keseronokan dunia semata-mata...
dia bagi contoh...selalu ingat kat awek tu kan contoh letak awek dlm hati...ermmmm...sha tak pandai sgt berhujah ilmu pun tak stinggi mana...senang² nak pikirkan...sekarang ni macam-macam isu yang timbul dikalangan remaja...remaja islam terutamanya...
kerana inginkan kemewahan sanggup buat perkara yang tak elok...ada sebahagiannya sanggup menggadai diri semata-mata mahu menyara kehidupan...cuba pikirkan...apalah gunanya tulang empat kerat yang Allah bagi pada kita sekiranya kita tak mampu nak mempergunakan dengan sebaik-baiknya...bukankah Allah melarang secara terang-terangan memakan hasil rezeki daripada sumber yang haram...tak kira apa bentuk perniagaan atau pekerjaan yang kita buat.begitu juga dengan kurniaan Allah akal fikiran bagi membolehkan kita membezakan antara yang baik dengan yang buruk...
yang paling menakutkan apabila diantaranya ada yang menyalahkan takdir sehingga tidak mempercayai qada' dan qadar Allah...anda tidak percaya? cuba rujuk mastika...saya tak berapa ingat keluaran ke berapa...dan bulan berapa...nt² insyaAllah saya update balik...
iman adalah sesuatu yang tidak diwarisi...hanya orang² yang berilmu meskipun ilmu itu cuma sedikit namun keyakinannye sgt² besar akan kewujudan Allah...tiada siap pun yang bisa menggoyah keimanan dan ikrarnya pada Allah...
dengan ilmu kita boleh menambahkan lagi keimanan kita pada Allah...tak perlu mencari banyak dlm satu masa cukup sekadar yang perlu sahaja...kemudian apa salahnya ilmu yang sedikit itu kita berkongsi dengan orang lain...insyaAllah akan mencurahlah ilmu² lainnya (segala yang bermanfaat buat dunia dan akhirat kita) dari arah² yang kita tidak sangkakan...insyaAllah...
bukan jadi masalah sorg ustaz atau ustazah sahaja yang boleh berkongsi ilmu...orang² biasa pun boleh jugak..selagi ia bernama ilmu yang bermanfaat...ustaz dan ustazah hnya sekadar gelaran kepada seorang guru agama...kerana mereka pun sebenarnya manusia biasa yang tidak akn pernah terlepas dari godaan syaitan...tidak akn pernah terlepas dari pandangan Allah...
bersederhana sahajalah kita dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran...dalam kita bersederhana..bersegeralah meraih ilmu sebagai bekalan kita untuk menempuhi kehidupan yang penuh pancaroba ini...(huhuu lama dah tak pakai perkataan pancaroba)
segala yang baik datang daripada Allah...segala yang buruk datang dari diri kita sendiri...sekiranya ada kesilapan ataupun kekurangan daripada bicara saya...maaflah..dialu²kan untuk memberi tambahan atau contoh² lain...
renung²kan lah...
Dijajah atau Dinaungi?
-
Seronok juga apabila secara tiba-tiba terpacul kata2 dpd seorg prof.
yg negara kita ini tidak pernah DIJAJAH oleh British. Pada beliau, negara
kita j...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment