Monday, July 7, 2008

DISEBALIK 5 JARI ?!!!

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang 5. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat 5 waktu. Namun, cuba kita renung-renungkan balik apa sebenarnya maksud yang tersurat dan tersirat disebalik 5 jari kita…

Persoalannya di sini, pernahkah kita terfikir tentang perkara-perkara seperti ini? Pernahkah kita terfikir setiap apa yag Allah ciptakan untuk kita adalah sekalgus merangkap sebagai peringatan kita sepanjang kehidupan kita di dunia ini…

Mari kita explore bersama-sama…

JARI KELINGKING

Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini aku akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

JARI MANIS

jari yang ke-2,
Usia remaja adalah gambaran terhadap jari manis ini. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga yang tidak terkira.
AWAS!!! Sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.
Hari itu kita sudah balaigh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.

Persoalannya sekarang,
adakah kita ini benar-benar bertangungjawab?
sudahkah kita mengenali tanggungjawab?
berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab?
memilih tidak mahu tahu langsung tentang tanggungjawab
?

JARI HANTU

Jari ke-3, jari paling tinggi iaitu jari hantu.
Alam dewasa, sekitar peringkat 30-an…
Kebanyakan dari kita telah mempunyai personaliti danstatus tersendiri. Dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Mesti berhati-hati dikala ini banyak “hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu Hasad Dengki, Hantu Ego, Hantu Tamak, Hantu Iri Hati, dan 1000 macam hantu lagi.
Gagal mengawal emosi akan menjadikan diri terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru amal ibadat mesti dilipat gandakan.

JARI TELUNJUK

Ia mengungkap satu dan Keesaan Allah s.w.t ketika bersolat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada dan tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dengan minda yang hebat.

JARI IBU

Akhir sekali. renungkan ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjuk kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang jawa “cap jempol” atau cap jari.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman, dengan nasihat mereka, kemudian timbang-tara penadapat mereka. sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas kemimanan, maka patuhilah ia. nasihat mereka barangkali amat berguna. Dengan nasihat itu dibelakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.

Akhir kalam, cuba kita lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fakir dalam- dalam….

“DI MANAKAH KITA?”

dan

“SIAPAKAH KITA?”

p/s: terima kasih mama sbb tlg tulis balik artikel ni...syg mama mmmuaaahhhh smbil lage2 pipi...

0 comments: