Friday, August 31, 2007

assalamualaikum kawan2!

ape khabar semuanye...rasa nya macam sethn dah tak update blog nie. keadaan yg tak mengizinkan. my niece masuk wad lagi semalam (khamis:30/8/07). dia demam lepas kimo.

seminggu rasanya saya di sibu. macam2 yg berlaku. kesian tengok dia. tapi nak buat macam mana. kita tgk pun kesian apalg yg dia rasa mesti lagi berat dari yg kita rasa.
hopefully, dia kuat n tabah je lah...skarang ni lemah betul dh dia sha tgk. tatau nak cakap camner. sama2 lah kita doakan smoga dia dapat jalani hidup dia macam kita yang sihat2 nie.

bercampur-aduk jugak ceta di sibu. ada yang sedih, duka, lawak, gembira pun ada. yg gembiranya hajat sha dh tercapai. tapi dalam gembira tu diselang pulak dengan kecewa tu. bila kita tak sabar tentang sesuatu itulah akibatnya. hik2 kan dh rosak...
insyaallah pasni tak apa2. 2 minggu kna berpisah sebentar dgn barang kesyngn sha tu!

yg sedih dan duka bila time hantar pergi dan balik my niece dr hospital. sepanjang tempoh 3 bulan ini, hospital bagaikan rumah kedua bg diri dia. walaupun dia tersenyum tp sha faham apa yg dia rasa. sekadar dapat memahami tak mencukupi bg seorg pesakit spt dia.

dalam ulang alik ke hospital terselit jugak kisah lucunya. masa tu kitorang nak bawa dia pergi injection d hospital. tiba je kat satu simpang tu. spatutnya simpang tu tak boleh kita nak belok kanan (masuk simpang belah kanan le tuh) sbb simpang sebelah kanan tu jalan sehala. ingt tadi nak amik shortcut ler kan alih2 kitorunk masuk jalan sehala rupanya. yg mama gelakkan bila seorg pembonceng motosikal tu.
dia terkejut tgk kitorang masuk simpang tu siap cepat2 angkat kaki sebelah kiri...hik2 takut kna langgar kot.hik2. nasib baik kenderaan x byk. kalo tak...ishk2 tak dapat nak dibayangkan. ada ke ptt masuk simpang JALAN SEHALA! kalu arah datang betul tak apalah. ini tak dari arah bertentangan wawwawawa....

~ moral value: sesedih mana pun kita, sesakit mana pun kita, sekecewa mana pun kita,
sedalam mana pun luka, pasti ada penawarnya di sekitar kita. n TRY to FIND IT!!!

0 comments: