Tuesday, July 3, 2007

DOSA KUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya
sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita
menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita
tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
----------

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas
apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga
bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh
atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah
santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah..

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah
kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak
anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
----------- ----

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri

:)thanks abg axarie,len kali send lg email2 yg best camnie leh sha share ngn kekawan...

0 comments: