Wednesday, July 25, 2007

DAYA TARIKAN - GRAVITI HATI PART 2 !!!!

DAYA TARIKAN ( DT ) DI SELURUH ALAM SEMESTA!!!

GRAVITI BUMI. Kehidupan di muka bumi menjadi selesa dgn adanya gravity yg cukup kuat utk ‘memegang’ benda2 agr tidak melayang-layang di udara.bayang kn sekiranya kita ini tggl di bulan ataupun gravity di bumi ini terlalu kuat sehingga menyukarkan kita mengangkat kaki utk berjalan. Sama juga seperti akar yg bergerak ked lm tanah utk mencari sumber baja, air mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Semuanya saling berkaitan dgn ‘daya tarikan’. Penyelidikan terhadap seluruh semesta ( bintang2, bulan matahari, planet dll ) membuktikan wujudnya daya tarikan. Semuanya bergerak dlm pakis tersendiri secara stabil tanpa perlanggaran antara satu sama lain. Malah dikatakan seluruh semesta ini tertarik ke satu pusat tarikan paling kuat disebut ‘black hole’. Maha Suci Allah yg menciptakan segalanya dn Maha Bijaksana.

TAK DILIHAT OLEH MATA, TAPI DIRASA OLEH INDERA!!!! ( ermmm…macam mana 2…)

Daya tarikan terbukti wujud. Cuba focus kepada persoalan mengenai daya tarikan paling bermakna antara manusia dari perspektif yg jarang diperkatakan umum. Khususnya, apakah daya tarikan paling bermakna antara manusia yang dilantik Allah sbg pemakmur alam, memikul amanah sbg khalifah dan hamba di muka bumi milik Allah ini ?

SOAL HATI

Apa juga perhubungn yg ‘bermakna’ di antara manusia adalah soal hati. Tanpa mengira bagaimana ianya tercetus. Tutp mata dan bygkn org2 yg bermakna dlm hidup kita, pasti ada ‘rasa’ yg hanya kita sendiri memahami. Lihat pula kelompok manusia ramai dlm mana2 perhimpunan umum yg tiada apa2 perhubungn dlm hidup kita. Tentu terdapat perbezaan apa yg kita rasakan. Sudah tentu tidak sama dgn membygkan org2 yg ada ‘hubungan’ dgn kita. Soal ‘rasa’ adalah soal hati. Kesan daya tarikannya dirasai apabila ada – sesuatu yang digelar ‘graviti hati’ antara sesama manusia..

GRAVITI HATI ( GH ) SESAMA MANUSIA?!!! ( ermmmm……)

“…Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dialah yg mematikan dan menghidupkan. Dialah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dari air mani apabila dipancarkan….” - surah An Najm:43-46

Rasa kasih sayang, ukhuwah, persaudaraan sehingga kita dgn sukarela menjadikan org tertentu begitu istimewa dlm hidup kita adalah kesan daripada tarikan GH. Seluruh focus hidup kita terarah kpdnya. Selalunya setiap yg mereka lakukan terhadap kita akan meninggalkan kesan yg mendalam samada sedih dan gambira; marah dan tenang; rindu dan benci. Tidak keterlaluan bila dikatakan, org2 ini seolah-olah menentukan bahagia atau deritanya kehidupan kita. Pasti kita sedari ini adalah pkr yg diluar kemampuan kita utk mengawalnya. Ia tak semudah kita memegang bola dan membalingnya. Mengapa ? kerana kita makhluk yg lemah perlukan kekuatan dr Dia yg Maha Gagah. Segalanya adalah di bwh kekuasaanNYA, Allah TUhan yg Maha Pencipta dan Pemilik Mutlak seluruh alam. Dia juga yang menciptakan GH antara hamba2Nya merangkum sebagai pemilik seluruh graviti yang wujud.



KEMERDEKAAN MENGURUSKAN GRAVITI HATI

Sebagai khalifah di muka bumi allah ini kita telah diberi kebebasan utk menyubur atau meracuni graviti hati yang mengikat atau meretakkan hubungan sesama kita. Kebebasan itu tidak diberi kepada bumi, bulan, bintang, matahari, gunung-ganang dan makhluk yang lain. Kita adalah makhluk dan hamba yang tidak berdaya. Namun, kita ada Dia yg Maha Gagah! Maka utk menangani ‘soal GH’ ini, mintalah kekuatan daripada Allah.

SUBURKAN GRAVITI HATI KEPADA ALLAH

Pilihan yg paling bijak bila kita sentiasa memastikan GH kita lebih terikat kpd Dia yg empunya seluruh alam supaya apa jua yang cuba menjauhkan kita dari orang2 yang ‘bermakna’ dalam hidup kita, ‘kejauhan’ itu dpt ditampung dgn kekuatan G antara H kita dgn Dia Yg Maha Tinggi. Tidak akan ada satu kuasa pun yg berdaya melemahkan gravity yg kita suburkan terhadap Allah. Apabila kita menjadikan Allah sbg pusat graviti hati kita. Maka terpeliharalah segala jenis graviti yg lain di bwh satu ikatan yg paling puncak – ikatan tauhid. graviti antara hati yg diikat oleh ikatan akidah.

IKATAN PERHUBUNGAN PALING KUKUH

Siapa yg lebih menyayangi ? siapa yg daya tarikan hatinya kpd Tuhan paling kukuh, maka dialah yang paling berdaya utk menyayangi org lain. Betapa tidak krn ikatan hati yg berteraskan daya tarikan kpd zat Yg Maha Agung mampu mengatasi apa juga daya lain yg cuba memisahkan. Kasih sayang tanpa syarat hanya yang berteraskan kekuatan hubungan hati kpd Pencipta – Dia yg mncipta orang2 yang bermakna dalam hati kita.

IBLIS DAN SYAITAN PEMECAH ‘GRAVITI’ ANTARA HAMBA & TUHAN

Makhluk terkutuk ini atas nama ego dan kesombongannya akan menggunakan segala pendekatan licik utk melemahkan gravity antara manusia dgn Tuhan agar dia mendapat seramai-ramainya ‘kawan’ did lm neraka sejak tercetusnya ‘konflik’ antaranya dgn Nabi Adam di syurga dahulu. Hanya Allah yg mampu memberi kita kekuatan utk berhadapan dgn makhluk ini.

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

Langkah pertama yang paling penting adalah memastikan GH kita tarikan utamanya kpd Allah. Gravity antara hati yang sama2 ditarik ke arah Allah Yg Maha Esa tidak akan terputus malah mampu merentas alam ke alam hingga berjaya menduduki syurga di akhirat di mana Tuhan sendiri menampakkan diriNYA kpd penghuni syurga.
Inilah resipi utama yg memberi kuasa graviti paling ampuh antara hati kita sehingga tidak lagi retak atau pecah sepanjang kita menghadapi apa jua takdir yang ditetapkan dlm perjalanan melalui alam dunia ke alam syurga temapat asal dan tempat kembali hamba2 yg tunduk kpd Allah Yg Maha Pemurah dan Penyayang.
Kasih sayang dan cina tanpa syarat hanya mampu dimiliki dan diberi oleh hati yang graviti terkuatnya adalah kepada Sang Pencipta graviti itu sendiri dan jgn biarkan iblis dan syaitan mengambil pelang utntuk melemahkan graviti ini!

**** kenalilah Tuhan dgn sesungguhnya supaya kita mampu menjadikan Dia sbg pusat graviti hati kita. insyaAllah amin…..

**** NI KHUSUS BUAT SESAPE YG SEDANG BERSAHABAT KE DALAM ALAM BERCOUPLE-COUPLE KER….BERINGAT LAH YER!!!! BUAT ORG YG TRY NK MENACKLE - NACKLE TU AKU SUGGEST KORUNK IKUT RESIPI INI. MOGA2 BULEH JADI PENAWAR WAT KORUNK YG TENGAH DILAMUN CINTAN PANDANGAN PURNAM, @ YANG BARU JATUH TANGGA KER @ APA2 YG SEERTI DGNNYA... YOHA!!!!

0 comments: