Saturday, September 25, 2010

Aku And MY Pets Yang Hanya Tinggal Sejarah

Episod 1:

Pada zaman beribu batu jauhnya dahulu kala, aku juga sama seperti Mah the brutal dan Spek Nates. Aku punya haiwan peliharaan. Haiwan itu bukan sekadar aku sahaja yang suka dan sayang. Malahan keluarga aku juga begitu.

Di zaman kanak-kanak aku. ketika aku berada di bangku sekolah rendah, disitulah permulaan aku mula berbagi kasih sayang antara manusia dan haiwan-haiwan sekeliling. diingatkan ... tak semudah itu untuk aku jatuh cinta pada si cicak dan haiwan-haiwan yang seangkatan dengannya dimana haiwan-haiwa itu ditahap yang menggelikan aku.

aku masih ingat lagi, abang kamceng aku iaitu Mr zainudin bermain-main di bawah rumah di sisi sebuah kotak yang di dalamnya terdapat 3 ekor anak kucing siam. perhatian semua kucing siam dan bukan kembar siam. aku senyum melihat gelagat anak-anak kucing itu makan.

"siapa punya ni?" aku mula bertanya.

"Entah...ada orang buang kat sekolah.kemudian abang bawa balik rumah," petanyaan itu dijawab.

"jadi...sekarang kita dah ada kucinglah kan? ermmm.. nak bagi nama apa ya?"

"jangan sibuk boleh tak? ini bukan kucing kita berdua. kita cuma tolong jaga je."

"lor...habis tu siapa yang punya? kata tadi abang yang bawak balik."

"bukan akulah. Abang Joe yang bawa balik rumah. dia suruh kita jaga elok-elok."


ditekankan di sini, Abang Joe merupakan abang kedua aku. kira pangkat dia lebih tinggi dari pangkat abang Zai. Mahu tak mahu aku cuma mampu telan air liur hendak menamakan kucing-kucing siam yang comel itu.