Monday, July 14, 2008

PAGAR DIRI DARI ILMU HITAM DAN SIHIR?!!!

*Cara paling utama untuk mengatasinya adalah mengukuhkan iktikad keimanan, kesabaran dan sentiasa berwaspada.

1) MAKAN TAMAR 'AJWAH DAN TAMAR MADINAH

sabda Rasullullah s.a.w yang berbunyi:
"barangsiapa yang memakan 7 biji tamar 'ajwah, maka dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu." -Riwayat al-Bukhari-

*sekiranya tidak ada...makanlah apa-apa jenis tamar yang ada.

2) BERWUDUK SEBELUM TIDUR

sihir tidak memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para malaikat, iaitu sebagaimana yang diperintah oleh Allah s.w.t kepada mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w Ertinya:
"sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu."

"kerana sesungguhnya tiada seorangpun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersama-samanya itu seorang malaikat."

"malaikat tersebut tidak pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:

'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMU ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'"

-riwayat At-Tabraaniy-

3) MENGAMBIL BERAT TENTANG SOLAT BERJEMAAH

*mengikut riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda. Ertinya:

" Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma 3 orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh kerana itu, hendaklah dirikan solat berjemaah. Maka sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." -Riwayat Abu Daud-

4) DIRIKAN SOLAT TAHAJJUD UNTUK MEMAGAR DIRI DARI SIHIR

"Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudahkannya. Ini kerana sifat yang suka mempermudah-mudahkan bangun solat malam itu boleh memberi ruang dan memudahkan syaitan utntuk menguasai diri seseorang, maka dirinya tidak ubah seperti bumi yang ketandusan, iaiatu akibat daripada tindakbalas syaitan tersebut.

Ibu Mas'ud r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke subuh dengan tidak mendirikan solat malam."

"Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesungguhnya syaitan telah kencind di dalam telinga orang itu."

-Riwayat al-Bukhari dan muslim-

5) MEMBACA DOA PERLINDUNGAN BILA MASUK TANDAS

* Tandas adalah tempat kotor dan rumah bagi syaitan. OLeh itu, syaitan akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai sesorang muslim setiap kali mereka itu masuk tandas.
Di dalam sebuah buku, seorang mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah s.a.w. mahu memasuki tandas baginda akan membaca doa perlindungan, iaitu dengan berkata:

Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya Allah...sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari sebarang kekotoran dan juga gangguan syaitan." -Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: 'adalah berlindung dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina.'

6) MEMAGAR ISTERI SELEPAS AKAD NIKAH

Selepas majlis akad nikah pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah si suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambiol berdoa:

" Ya Allah, aku memohon kepadaMu akan kebaikannya dan kebaikan ynag telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari segala keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang ynag dengki dan perbuatan tukang sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."

-Riwayat Abu Daud-

7) BERWUDUK SEBELUM TIDUR, MEMBACA AYAT-AYAT AL-KURSI DAN BERZIKIR KEPADA ALLAH SEHINGGA TERLELAP

Dalam satu hadis sahih, menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

"Maka barangsiapa yang membaca ayat al-kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah, dari tiu syaitan sekali-kali tidak berkemampuan mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi."

Rasulullah s.a.w telah bersetuju dengan cerita abu HUrairah tersebut sambil berkata.
"Ia bercakap benar kepada Engkau walhal ia sendiri sememangnya penipu." -Riwayat al-Bukhari-

0 comments: