Sunday, April 22, 2007

HATI DAN LIDAH

Buat permulaannya sha nak share cerita ni dgn korang semua.Ini cerita yang sha pernah baca berkaitan dgn hati dan lidah...let's check it out!!!

Suatu hari seorg hartawan wanita yg kaya & bayak ternakannya menghadiahkan seekor kambing kepada Lukman al-Hakim, lalu berpesan kepada pesuruhnya untuk disampaikan kpd Lukman al-Hakim supaya setelah kambing itu disembelih, dia mahu meminta bahagian yang tidak baik dalam tubuh badan kambing tersebut untuk dimakannya.
Setelah kambing itu disembelih, Lukman al-Hakim pun membungkus bahagian yang diambil untuk diserahkan kpd pesuruh wanita tersebut. Bahagian tersebut adalah terdiri daripaa hati dan lidah kambing itu.
Wanita itu terkejut setelah melihat isi bungkusan tersebut.Dia tertanya-tanya mengapa Lukman al-Hakim memberikan hati dan lidah itu kepadanya sedangkan dia telah meminta bahgian-bahagian yang tidak baik dari mana2 bahagian tubuh kambing tersebut.
Hari yang berikutnya wanita itu melakukan hal yang sama dan spt biasa pesuruhnya menyampaikan pesanan yg sm kpd Lukman al-Hakim. Setelah semuanya selesai, wanita itu tetap menrima bahagian yg sama seperti pada hari sebelumnya. Sekali lagi wanita itu tertanya-tanya.
Selang 2 3 hari kemudiannya wanita itu melakukan hal yg sama tetapi ada sedikit perbezaan pd permintaannya dimana pada kali inidia meminta bahagian yg tidak baik pula.
Lukman al-Hakim merupakan seorg yg bijaksana.Setelah disembelih kambing tersebut maka diserahkan bahgian yg berupa hati dan lidah itu kpd pesuruh wanita itu. Wanita itu berasa hairan knp dia tetap menerima bahagian yg sama daripada Lukman al-Hakim.
Atas rasa ingin tahunya itu, wanita tersebut pergi menemui Lukman al-Hakim lantas bertanyakan tentang persoalan di dalam hatinya. Lalu dijelaskan oleh Lukman al-Hakim:
"Perkara yg paling mustahak, yg perlu kita jaga d dlm tubuh bdn kita ini ialah 2 perkara.1) hati:krn hati itu ialah tpt iman kpd Allah, tpt keyakinan kpd Allah, tpt jatuh pandangan Allah, sdgkn yg lain tpt jth pandangn manusia. Utamakanlah tpt jth pandangan Allah, aku bimbang kalau hati kita ada sifat mazmumah, sifat2 yg kotor,yg keji,takut iman akan terkeluar,hidayah akan terkeluar,sbb itu sy kirimkan Puan hati,hati yg perlu dijaga".
"Dan begitu juga lidah.Lidah lbh tajam dr mata pedang.Dgn sbb lidah org boleh bermusuhan, bercerai-berai, orang boleh binasa,memutuskan silaturrahim.Org boleh berpuasa tetapi lidahnya tidak dijaga, lidahnya suka mengumpat org, suka membenci org, mencaci, mengata dan akhirnya dia itu lah ahli neraka. Maka dgn sbb itu bila puan minta yg tidak baik saya bagi hati dan lidah, yang baik pun saya bagi hati dan lidah. Yakni hati dan lidah ini kita perlu jaganya dgn baik dan sempurna. InsyaAllah di ats usaha yg mulia itu kita akan memperolehi keselamatan di dunia dan bahagia di akhirat".
Barulah wanita itu faham. Sekarang dia kemali sedar dan insaf setelah mendapat tahu hati perlu dibersihkan dan lidah perlu dijaga untuk menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

-renung2kanlah-

welcome to sha83kaizer home

Assalamualaikum w.b.t.semua...sebelum sha memulakan penulisan sha di sini(penulisan ker?) apa2 saje lah..hhee sha nak share sesuatu dgn you all.Ini merupakan petikan daripada kata2 saidina Umar Ibnul Khattab yg sha petik dr dlm sbuah buku utk dishare kn dgn YOU all...

saidina Umar Ibnul Khattab pernah berkata:
" aku khuatir mereka yang dibesarkan dan dididik dalam Islam tetapi tidak mempunyai
ilmu tentang cara hidup (tipu daya) orang-orang musyrik akan meruntuhkan Islam itu sendri."
nampaknya sekarang bukan setakat yang dikhuatirkan oleh saidina Umar saje telah terjadi tp apa yang dibimbangi oleh Rasullullah s.a.w pun same jugak...

-(renung-renungkan lah)-