Monday, July 23, 2007

SETANGGI SYURGA

“ Hana, bangunlah ! Tolong umi sediakan lauk untuk bersahur ni,” kedengaran suara lembut umi menyapa lembut di telinga Hana dari arah dapur rumah kecil itu. Hana bangkit dari tempat tidurnya dengan langkah yang lemah dan longlai menuju ke dapur. Di depan pintu dapur rumahnya, Hana memberi salam dengan senyuman yang manis kepada umi. Umi tersenyum dan menjawab salamnya.
25 Ramdhan sudah pun berlalu. Esok pula menjelang hari ke 26 untuk seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa. Selesai bersahur Hana kembali memulakan rutin hariannya untuk hari itu. Kebiasaannya Hana akan memulakan terlebih dahulu dengan penjagaan kebersihan dirinya dan kamar kesayangannya yang dianggapnya syurga bagi dunianya. Sejurus kemudian barulah Hana mengulangkaji pelajarannya sesudah solat subuh.
Sudah 2 tahun Hana menyibukkan dirinya pada pelajarannya. Sehingga Hana terlupa seketika untuk memikirkan tentang dirinya sendiri. Hana lebih gemar memilih cara hidup sebegitu. Namun, pada hari itu ada sesuatu yang mengusik perasaannya. Ia bagaikan mengungkap sebuah kisah lama yang sudah dibuang jauh-jauh dari sudut hatinya. Ia benar-beranr meragut ketenangan yang telah dimiliknya sebelum ini. Secara tidak langsung fikirannya terarah memikirkan kesilapan lalunya.

* * * *

“Hana kenapa kau sengaja nak susahkan aku. Kau tahu taka pa yang aku rasa sekarang ?” kedengaran ditelinganya ketika itu sura yang begitu keras sekali bersama-sama dengan amarah.
‘Hana faham,” jawab Hana dengan tenang. Sedangkan di dalam hatinya bara-bara kemarahan turut menyala. Walau bagaimanapun Hana tetap bersabar dengan tohmahan seperti itu. Baginya ia bukan perkara baru. Lebih teruk daripada yang ini pun dia pernah dapat.
“ Dah tu, kenapa macam tak kisah je. Kau sengaja nak seksa aku eh ?” pertanyaan sekeras itu membuatkan Hana lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, akhirnya dia terpaksa jugak bersuara kerana orang itu terus menekannya utnuk menjawab semua pertanyaannya.
“ Bukan macam tu. Tapi kau pun tahu aku memang betul-betul tak dapat tolong kau sekarang,” jawab Hana.
“ o.k ! kalau macam tu kau tak dapat tolonglah. Malam ni aku akan jumpa bekas tunang aku. Kalau dia dapat tolong aku, aku harap kau takkan menyesal lepas ni. Aku tak akan hubungi kau lagi dan aku juga akan turuti semua kemahuan dia nanti!” Ia bagaikan satu peringatan bagi diri Hana. Untuk kesekian kalinya Hana terus terluka dan untuk kali ke berapakan dia menangis kerana terasa sakit yang teramat sangat.
Saat seperti itu Hana sentiasa merasakan dirinya keseorangan. Dia tidak punya siapa-siapa tempat untuk mengadu. Tatkala itulah dia mengenangkan kesilpannya kerana telah memberi ruang untuk lelaki itu di salah satu sudut hatinya. Hanya kepada yg Maha Esa tempat Hana mengadu rasa kecewa dan kekesalannya atas kesilapannya.
“ ya Allah, tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. Keluarkan aku dari belenggu ini. Aku takut dan semakin takut dengan kesilapan yang telah aku perbuatkan tanpa sedar. Aku mohon ampun ya Allah. Hanya kepada MU tempat aku meminta belas kasihan. Kau lah satu-satunya tempat aku n=mengadu kerana aku tahu Engkau yang lebih berkuasa dandan Engkau juga Yang Maha Pengasih dan Pengampun. Ya Allah sekiranya aku dicabar untuk meninggalkan dia hanya semata-mata kerana Engkau ya Allah, aku akan sanggup melakukannya. Kau berikanlah aku petunjuk unutk memilih apa yang terbaik untuk aku disisiMu ya Allah! Amin…” Hana menangis!

* * * *

Hana tersentak dari lamunannya. Hana menangis. Hana tidak tahu kenapa bayang-bayang itu sejak akhir-akhir ini selalu hadir tanpa diundang. Hana dapat rasakan kesakitan yang sungguh dalam sekali di sudut hatinya. Sekarang tiada siapa yang tahu apa yang telah terjadi kepada lelaki yang telah mengkhianati kepercayaan dan keyakinan Hana terhadapnya.
Sepanjang akhir dibulan puasa itu tiada apa yang lebih mengganggu perasaannya melainkan kisah silam itu. Seusai membaca al-Quran sesudah tarawikh Hana menghidupkan kembali nombor lamanya. Tiba-tiba message masuk dan Hana amat mengenali nombor itu.
‘ Hana, aku mohon maaf sayang. Tolonglah Hana. Jangan diam seprti ini. Abang rasa betul-betul bersalah sekarang. Abang harap kita berdua bisa kembali seperti dulu. Abang tak sanggup kehilangan Hana dan hidup tanpa Hana. Plz…’- Zul –
Hati Hana bergetaran. Entah untuk kali ke berapa Hana menerima message rayuan seperti dari lelaki yang bernama Zul. Hana tidak pasti untuk menjawab atau membiarkan sahaja message itu berlalu. Bagi diri Hana Zul hanya sebahagian daripada masa lampaunya. Kini Hana lebih bahagia dengan kehidupannya.
Namun message-message itu benar-benar menghantuinya kini. Untuk kesekian kalinya Hana merasakan benda berat yang menghempap di atas dadanya.terasa sesak nafas Hana. Hana menangis. Hati Hana terasa amat sakit bagaikan sebuah luka lama terrrobek kembali.
‘ya Allah, kuatkanlah imanku hanya kepadaMU. dan kepadaMu jualah aku memohon, merayu dan bergantung harapan. Hanya pada Mu aku mengadu. Jangan Engkau runtuhkan tembok-tembok kesabaranku yang telah Engkau kukuhkan. Bantulah aku untuk mempertahankanya ya Allah. Hanya kau saja yang aku boleh harapkan. Hanya padaMu ya Allah. Amin…’ Hana merintih dan menangis dalam kelukaan.

* * * *

‘Hana, macam ni ke nak jadi calon isteri aku. Degil tak dengar cakap. Lembap. Kau ni memang perempuan sial. Malang betul aku dapat kau ni. Tau tak. Tak guna betul. Selalu nak sakitkan hati aku!” bergema suara itu ditelinga Hana. Hana menangis di dalam hati. Hana terdiam.
“ hei perempuan jalang! Kenapa pula kau diam ni ? suka sangatkan nak sakitkan hati aku. Kalau macam ni lah. Nampak gayanya kita ni memang takde jodoh. Hei, dengar sini! Petang ni kau kirim balik semua barang-barang aku. Kau tak layak untuk simpan semua tu. Tunggu sahaja jemputan kawin daripada aku selepas ni.” Bicara Zul pada ketika itu bukan sekadar mencabar rasa kewanitaannya. Tapi sungguh egoisnya sifat dalam dirinya membuat hati dan perasaan Hana hancur berkecai. Hana menangis!
Bukan sekali dua Hana menghadapi situasi sebegitu. Telah banyak kali dan peluang telah diberikan kepada Zul. Namun, semua kelembutan dan sikap kompromi Hana terhadapnya bagaikan mencurah ke atas daun keladi. Tiada siapa tahu apa yang Hana rasakan ketika itu. Namun, Hana sentiasa sedar yang Allah tidak pernah meninggalkannya seorang diri. Itulah keyakinan Hana yang paling utuh dan tidak bias disangkalkan oleh sesiapapun.
“ya Allah, Engkau putuskanlah apa yang terbaik untuk aku di sisi Mu ya Allah. Bantu aku dalam membuat keputusan ini. Berilah aku petunjuk ya Allah. Hati aku sangat pada ketika ini. Sangat sakit ya Allah. Bantulah aku, kasihani lah aku ya Allah. Amin….” Bisikan hati Hana penuh kelukaan dan kekecewaan.
Sebagai keluarga kepada Hana, mereka turut tidak sanggup melihat Hana hidup dalam cinta yang bagaikan tidak ada penghujungnya. Keluarganya terpaksa campurtangan dalam permasalahan remaja Hana. Hana telah diberi pilihan untuk membuat keputusan sendiri. Bagi Hana, keluarga adalah yang utama. Lelaki itu adalah orang asing baginya.
Biarpun sakit yang Hana rasakan ketika itu, Hana tetap cuba untuk bertahan. Hana menagis dalam kesedihan, keperitan yang teramat sangat. Di sinilah Hana faham kenapa orang yang cintanya tidak pernah kesampaian terdorong untuk melakukan sesuatu perkara yang diluar batasan fikiran malahan membelakangkan hokum hakam Allah itu sendiri. Hana takut dia akan melakukan kesilapan sekali lagi hanya kerana kekecewaan yang dirasakannya kini. Dalam hati Hana berdoa dengan sepenuh keyakinannya kepada Allah.
‘ ya Allah, tetapkanlah hati aku kepada Mu. Jangan Engkau biarkan bisikan-bisikan kemungkaran itu menjerumuskan aku sekali lagi kea rah masa lalu aku. Lindungilah aku ya Allah. Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan dan perlindungan. Amin..’ bisikan hati Hana memohon perlindungan kepada yang Maha Kuasa dan Pengasih.
Sehingga detik itu tiada siapa yang tahu apa yang Hana rasakan. Kesakitan, kelukaan dan keperitan itu Hana simpan di sudut hatinya yang terdalam. Dia berharap semoga ianya tidak akan terulang sekali lagi dalam hidupnya. Cukup hanya sekali.

* * * *

Hana tersentak dari lamuanan yang panjang. Hana menangis atas kesilapan masa lalunya. Hana menangis kerana rasa itu amat sakit untuk dikenag kembali. Sungguj pedih yang Hana rasakan. Sekarang Hana kembali gusar. Ketenangannya benar-benar diraguit kembali. Seolah-olah masa lalu itu menyapanya kembali. Hana teringat satu message yang terakhir pernah diterimanya daripada lelaki yang bernama Zul.
‘ Hana, abg tahu abag harus terima hakikat yang abg benar-benar sudah kehilangan Hana. Tp. Jgnlah siksa abg mcmni. Jgn trs mendiamkan diri spt ini. Katakana sesuatu Hana. Bgtau lah abg samada Hana dh kawen, sudah ada pengganti, bertunang. Tolong tamatkan penderitaan abg ini Hana.’-Zul-
‘ plz Hana….maafkan abg sbb telah mengecewakan Hana…’-Zul-
Hana hanya terus menyepikan diri. Dan itulah message terakhir daripada Zul utk Hana.
* * * *

Malam itu Hana bangun di sepertiga malam. Hana mohon kekuatan daripada Allah. Hana berserah diri pada Allah sepenuhnya. Dalam doa Hana bermohon,
‘ ya Allah. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk aku di sisi Engkau. Jangan Engkau ragu-ragukan hati aku dalam membuat apa-apa keputusan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan aku di sisi Mu. Di saat ini, aku hanya mohon untuk bahagia dan tenang di sisi Engkau ya Allah! Aku hanya mahukan itu ya Allah! Ampunilah aku atas segala kesilapanku. Hanya kepada MU aku bermohon amin…ya rabbul alamin…’ Hana menangis.

* * * *

Pagi itu adalah hari kemenangan untuk seluruh umat Islam di serata dunia. Kedengaran suara takbir berkumandang menyambut hari kemenenangan bagi semua umat Islam yang berjaya menjalankan ibadah puasanya untuk tahun tersebut. Hana sudah pun sedia untuk bersama-sama umi pergi ke masjid.
Petang itu, Hana terkejut apabila rumah kediamannya dikunjungi tetamu yang tidak dikenali. Namun, tetamu itu seperti sangat mengenali Hana. Sejurus kemudian Hana terpaku melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya suatu ketika dulu.melangkah keluar dari keluar dari kereta.
‘ ya Allah, kuatkan dan tenangkanlah hambaMu ini ya Allah!’ hati Hana bagaikan dilanda ombak tsunami buat seketika. Nafasnya terasa pendek. Dia hampir pitam dan jatuh pengsan. Hana masih tertanya-tanya apa tujuan kehadiran mereka di hari itu.
Akhirnya Hana diberitahu tujuan kedatangan mereka pada hari tersebut. Hana menangis! Hatinya terhiris sekali lagi. Namun, pada saat itu ia benar-benar merasa kesakitan dan kepedihan yang teramat sangat. Ia bagaikan boleh membunuh diri dan perasaannya sendiri. Setelah melihat Hana mendiamkan diri akhirnya Zul besuara dalam nada memujuk.
“ Hana jangan risau. Ekonomi abang sudah stabil sekarang. Abang bolah jaga Hana dengan baik selepas ini. Maafkan abang selama ini diatas segala kekasaran dan tingkah laku abang pada Hana sebelum ini,” Zul bersuara.
Hana tetap mendiamkan dirinya. Dia tunduk membisu dan menangis semahu-mahunya. Dia merasa sakit yang teramat sangat. Seboleh-bolehnya ingin sahaja Hana menghapuskan Zul dari pandangan matanya. Namun, Hana masih waras lagi. Dia tidak akan melakukan perkara yang sebegitu zalim terhadap orang pernah mengkhianati .kepercayaan dan keyakinannya. Perasaan Hana terhadap lelaki itu sudah terhapus sejak sekian lama. Bagi Hana, dia Cuma mangsa keadaan….ya, mangsa keadaan!!! Setelah Hana mendiamkan diri akhirnya Hana bersuara juga.
‘” dulu Hana pernah diberi pilihan untuk tentukan arah hidup Hana. Sekarang Hana minta untuk famili Hana yang tetapkan keputusan untuk Hana. Terpulang pada keputusan yang mereka akan buat untuk masa depan Hana,” bicara Hana dengan lirih sekali.
“maksud Hana…” pertanyaan itu terpacul dari mulut orang tua yang menemani Zul untuk berdepan dengan famili Hana. Hana mengangkat sedikit mukanya lalu memandang ke arah yang empunya suara itu serta anak- anak kecil yang berada bersama ketika itu.
“Hana mohon maaf pakcik. Hana terpaksa katakan tiada apa yang boleh diselesaikan dengan sebuah perkahwinan. Kewangan bukanlah jaminan yang terbaik dan perkahwinan juga bukan salah satu cara penyelesaian kepada sesebuah masalah,” Hana terdiam seketika dan menyambung kembali.
“ pakcik, Hana mohon maaf atas kesilapan Hana kerana pernah memberi peluang kepercayaan dan keyakinan terhadap Zul. Setelah apa yang sudah berlaku Hana terasa seperti Hana terus dikhianati. Ia membuatkan hati Hana terasa sakit sekali. Sehingga kini Hana tidak pernah terasa pintu Hana mampu terbuka untuk Zul,” Hana menangis. Segalanya bagaikan terbayang jelas diruang matanya dan terngiang jelas ditelinganya.
“ pakcik Hana mohon maaf. Perkahwinan bukanlah jalan yang terbaik. Malahan ia akan terus menerus menekan hidup Hana secara tidak langsung. Untuk pengetahuan pakcik syarat dan sumpah telahpun Zul lafazkan sebelum ini. Seandainya Zul tidak berpuashati pada Hana, akan jatuh terus talak satu pada malam pertama atau pun Hana akan ditinggalkan selama 6 bulan terlebih dahulu dan kemudiannya jatuh terus talak 3 selepas 6 bulan perkahwinan!” lelaki tua itu terbungkam. Keluaraga Hana tergamam dan Zul kelihatan tertunduk menangis menyesali semua ucapannya.
“ Hana merayu pada semua pilihlan jalan yang terbaik utntuk Hana. Sebelum ini Hana tidak pernah meminta apa-apa daripada orang disekeliling Hana. Sekali ini hanya mohon buatlah keputusan yang terbaik untuk Hana!” Hana menagis sekali lagi. Umi hanya mampu memeluk Hana. Umi faham kepedihan yang turut dirasai Hana. Umi tidak sanggup melihat Hana terus-menerus menagis dalam kecewa.

* * * *
Kedengaran lagu fiq di corong radio pada ketika itu. Ia bagaikan faham atas apa yang telah berlaku kepada Hana.

Kasih.
.maafkan diriku..
Banyak dosaku padamu,
Tidak terhitung jari jemari daku..
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu..
Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu..
Kasih.. engkau tak bersalah,
Hanya hatiku yang buta..
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga..
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa..
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya..

Tiga malam.. tanpa bintang..
Dan diriku dihimpit penyesalan..
Arah hujung kian padam..
Kerna hilangnya..
Bagaikan siang diselubung gerHana..

Kembalikan senda tawa..
Pulangkanlah manis di senyum manja..
Ku pahatkan keinsafan..
Dan patrikan kesetiaan..
Sehingga tarikh menafikan nyawa..
-

Hana rasa semakin terhiris. Zul pula terus menerus merayu dan memohon maaf atas kesilapannya terhadap Hana. Suasan petang itu bertukar menjadi dingin dan sepi.

* * * *
Malam itu, disepertiga malam Hana menemui Kekasih yang paling setia disisinya. Dia tidak pernah mengecewakan Hana selama Hana dilahirkan ke dunia. Dialah yang banyak memabantu dan menjaga Hana dalam kehidupan Hana. Dia juga mengurniakan rasa kasih, rasa sayang, rindu dan cinta dalam kehidupan Hana untuk semua orang- orang disekeliling Hana. Bersama perasaan yang bercampur aduk Hana pergi menghadapkan diri kepada Nya. Hana mensyukuri semua yang telah berlaku. Biarpun Hana terasa amat sakit sekali, namun Hana tetap berusaha untuk menguatkan semangat untuk menghadapi semua itu dengan tenang kerana Hana dapat merasakan itu adalah sebahagian daripada jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam doanya Hana memohon,
‘ ya Allah, aku bersyukur atas segala yang telah berlaku. Aku redaha dan pasrah atas semuanya. Aku pasrah ya Allah! Aku tahu hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yanag terbaik bagi aku di sisi Engkau ya Allah!’ kedengaran bicara Hana amat sayu dan lirih sekali. Ia bercampur dengan semua rasa termasuk rasa kelukaan, kekecewaan dan kepahitan yang telah ditanggungnya selama ini.
‘ya Allah, tunjukkan lah kami semua jalan keluar yang terbaik. Aku telah berusaha sedaya upaya mempertahankan suruhanMu ya Allah & hanya Engkau ja yang tahu keyakinan dan kepercayaan aku tehadap Engkau ya Allah!’
‘ ya Allah, dengarilah aku. Limpahkanlah belas kasihMu untuk kami semua. Ampunilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, ampunilah kami ya Allah!’
‘ ya Allah aku hampir-hampir tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Berikanlah aku kekuatanMu ya Allah dan aku mohon dengan sangat, aku mohon dengan sangat ya Allah, aku mohon dengan sangat ya Allah!’
‘ ya Allah! Engkau kurniakan =lah aku hambaMu yang benar-benar bisa memimpin aku dan memberikan aku kebahagiaan dan ketenangan di sisi Engkau ya Allah! Yang aku mahukan hanyalah pertemuan kita Ya Allah!’
‘ aku mula merasakan aku tidak gentar menghadapi nerakaMu sekiranya itu mampu menghapuskan dosa-dosa aku supaya aku bias diterima dengan baik di sisi engkau. Malah aku sanggup menolak syurga sekiranya kenikmatan itu membuatkan aku bisa lalai dari terus mengingatiMu, ya Allah. Kau hanya inginkan ketenangan dan kebahagiaan di sisiMu ya Allah. Hanya itu yang aku mahu ya Allah, hanya itu yang aku mahu ya Allah, hanya itu yang aku mahu ya Allah. Amin ya rabbul alamin!’
Hana menyudahi doanya denagan tangisan yang tidak henti-hentinya. Hana terasa sakit. Dia tahu dia perlu kuat untuk meghadapi semua itu. Dia yakin Allah mampu menenangkan dasar hatinya dan yakin Allah akan memberikannya kekuatan itu.
Umi sejak dari tadi memerhati Hana dari jauh turut menagis mendengar luahan hati Hana. Hana berpaling ke arah umi. Hana tersenyum lalu bangun dan pergi mendapatkan uminya. Lantas Hana mencium tangan dan pipi uminya sambil berkata, “ maafkan Hana umi, semua keputusan ada dalam tangan umi dan yang lain-lainnya. Hana sudah tidak mampu untuk memikirkan semua itu seorang diri. Biarlah anada semua yang menentukan masa depan Hana untuk kali ini.” Hana menagis dan ikuti oleh umi.
"Umi, apa-apa pun keputusan daripada umi dan yang lain-lainnya. InsyaAllah Hana akan terima seadanya dan Hana redha umi, Hana redha…." Hana menyambung kembali bicaranya dalam sendu yang kian hilang. Hal itu disaksikan oleh pakcik Zul tanpa pengetahuan umi dan Hana.

* * * *

Pagi itu Hana kelihatan tenang sekali. Kelihatan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas Hana. Ketenangan itu turut sama-sama dirasai oleh oarng-orang di seliling Hana pada ketika itu. Mereka tidak pernah melihat ketenangan seperti itu pada raut wajah gadis berusia 22 tahun itu. Terpancar cahaya keimana bukan hanya pada raut wajahnya tetapi dari sinaran matanya.
Pakcik Zul memeohon maaf atas segaka yang telah berlaku. Biarpun dia tahu maafnya itu tidak bisa menebus semua kesilapan lalu Zul terhadap Hana. Sekarang pakcik Zul telah menyerahkan Zul sepenuhnya kepada keluarga Hana. Zul tertunduk membisu dan Hana mendengar dengan tenang sekali.
“ bagi kami pula ada kebenaran diseabalik kata-kata Hana. Sekarang telah tiba masanya untuk Hana hidup dengan lebih tenang dan gembira tanpa kehadiran Zul. Zul, pakcik mohon maaf . pakcik tidak mampu meragut kembali ketenangn yang Hana telah bina seorang diri ketika bersama dan selepas ketiadaan Zul. Pakcik tak sanggup,” ayah Hana bersuara dengan tenang dia percaya anaknya mampu hidup dengan lebih tenang tanpa kehadiran lelaki itu.
Zul tertunduk menangis. Segala yang telah berlaku membayangi hidup Zul ketika itu. Hana turut menagis melihat kekecewaan yang Zul tanggung. Namun, Hana hanya seorang manusia biasa.
“Kau kejam Hana. Sebab kau aku terpisah daripada keluarga aku. Sepatutnya kau satukan aku dengan keluarga aku bukannya menjauhkan aku daripada keluarga aku!” bentak Zul pada Hana. Di saat mula-mulanya Hana menolak lamaran Zul. Tiada siapa yang tahu kerana itulah jua Hana menerima Zul. Untuk menyatukan kembali Zul kepada keluarganya. Namun, malahan Zul terus menerus menjauhkan dirinya dari keluarganya. Itu yang membuat Hana semakin jauh hati terhadap lelaki yang bernama Zul Iqram yang ada di depannya kini.
Zul terasa bagaikan kata-kata itu dulu adalah satu kesilapan yang terbesar yang pernah dibuatnya kepada gadis bernama Hana. Hana yang telah banyak memeberi ruang kepadanya. Malah memberikan kepercayaan dan keyakinan terhadapnya seperti yang diinginkan oleh semua lelaki daripada wanita yang dikasihi mereka. Namun, Zul telah melakukan kesalahan terbesar. Dia mencintai wanita itu kerana wang dan nafsu. Kerana kuasa wang dan nafsu dia sanggup melukai hati gadis kesayangannya. Malahan kini, gadis itu telah tiggalkannya dan menutup pintu hatinya untuk Zul di atas semua kuasa Allah. Allah ingin menyelamatkan gadis suci itu sebelum terlambat dan terus dijadikan mangsa oleh Zul.
“ Zul, raihlah kebahagiaan dari orang-orang yang sentiasa di sisi Zul, menunggu malah mengharap Zul. Kebahagiaan itu bukan ada pada Hana. Hana sentiasa mendoakan yang terbaik buat Zul,” Hana bersuara sejak sekian lama hanya membisu. Hana menangis melihat kekecewaan Zul. Hana faham apa yang Zul rasakan.

Bergema sekali lagi lagu fiq di corong radio ketika itu…….


Kasih.
.maafkan diriku..
Banyak dosaku padamu,
Tidak terhitung jari jemari daku..
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu..
Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu..
Kasih.. engkau tak bersalah,
Hanya hatiku yang buta..
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga..
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa..
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya..

Tiga malam.. tanpa bintang..
Dan diriku dihimpit penyesalan..
Arah hujung kian padam..
Kerna hilangnya..
Bagaikan siang diselubung gerHana..

Kembalikan senda tawa..
Pulangkanlah manis di senyum manja..
Ku pahatkan keinsafan..
Dan patrikan kesetiaan..
Sehingga tarikh menafikan nyawa..
-

* * * *

Malam itu Hana bangun untuk menemui kembali Kekasih hatinya. Terasa tidak sabar yang Hana rasakan untuk menemuiNya pada saat itu. Hana mngucapkan lafaz syukur yang tidak henti-henti kepadaNya. Hana tahu tanpa bantuan daripada Allah semua itu tidak akan dapat diselesaikan dengan baik. Bagi Hana itu merupakan keajaiban yang telah berlaku dalam hidupnya. Hana merasakan ketenangan dengan penuh keinsafan. Selesai solat. Hana mendengar siaran radio IKIM. Hana tersenyum mendengar lagu In-team setanggi syurga berkumandang di radio ketika itu. Hati Hana berbisik. Allah itu Maha mengetahui apa yang berlaku dalam dasar hatiku. Dan ini adalah hadiah daripadaNya. Hana menangis dan tersenyum ketika memandang radio yang sedang memperdengarkan lagu in-team. Lantas hati Hana berdoa,
‘ ya aku percaya pada janjiMu Allah! InsyaAllah aku tidak akan takut menghadapi semua ini. Jangan tinggalkan aku seorang diri ya Allah. Aku masih mengaharapkan kekuatan dan kesabaran dariMu ya Allah. Cinta Engkaulah yang meneguhkan aku seperti ini. Aku masih perlukan pimpinanMu ya Allah. Jangan Engkau lepaskan pimpinanMu ini ya Allah. Terusalah memimpin aku sehingga aku bertemu dan sujud di hadapan mu suatu hari nanti. Pimpinlah kami semua ya allah, kasihanilah kami ya allah, terimalah kasih ya Allah, terimalah kasih ya Allah, terima kasih ya Allah! Amin ya Rabbul alamin….’
Hana menangis penuh pengharapan. Ketenangan itu benar-benar miliknya kini. Itulah Hana dengan cintanya. Dia kini bahagia tanpa sesiapa. Cintanya tetap pada yang Satu. Allah benar-benar telah membahagiakan hambanya yang seorang ini. Cinta Hana melimpah-limpah buat sesiapa yang dikenalinya. Hidup Hana bagaikan hanya untuk berbagi kebahagiaan yang dirasakan bersama-sama dengan teman-temannya. Sehingga kini tiada siapa yang mampu memenangi hati gadis itu. Sepanjang hari yang dilaluinya Hana sentiasa hadiahkan dengan senyuman, gurauan , gelak dan tawa yang riang buat insane-insan di sisinya…..


**** amacam o.k tak cerita nie? Cerita ini aku dah update banyak ler. Tetiba je kluor idea time2 tgh naip.fuh! aku dpt idea slm 4 ari utk hasilkan cerita ni. Tq untuk lagu fiq 3 mlm tanpa bintang n in-team setanggi syurga yg byk menyumbangkan idea utk untuk cerpen nie. Xtually ni cerpen ke 2 bukan yang pertama. Tapi aku tertarik nk keluarkan cerpen ini terlebih dahulu. Tggu kesinambungnnya pula!!!!! Litix lagu fiq pula ku dpt dr blog krepek tq kerepek….wat cole …nie dia 4 u…yg ko tggu2 tu!!!

0 comments: