Assalamualaikum dan salam sejahtera
sedar tak sedar kita dah masuk fasa terakhir ramadhan
apa khabar masjid-masjid dan surau ?!!!
Semasa menjelajah Fesbuk tadi petang saya terbaca tentang status yang berkaitan
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
Masa bujang VS masa Dah Kawin
Pendek kata status news feed saya hari ini penuh dengan kisah zaman bujang VS zaman alam rumahtangga
o.k saya memang akan selalu ingat point-point penting !!!
Itu cerita satu. Cerita keduanya pula seperti biasa malam - malam fasa ketiga ni ramai yang berusaha nak kejar malam lailatul qadar . Seperti tahun-tahun yang lainnya juga seperti biasa saya saling ingatkan diri saya
bila nak kejar malam lailatul qadar ni
kejarlah bukan bermula 1 ramadhan ....
tapi kejarlah setiap hari bermula dari saat engkau nak mengejarnya....
(korang faham ke tak ni?!!!)
Alaa ... simple sahaja ...
kita ni selalu hidup nak berjaya, bergaji besar, pendek kata semua yang besar-besar.
Nak dapat value yang besar-besar ini mestilah kita usaha dari awal-awal kita dah pasang niat ataupun cita-citakan ?!!! Haaa ... baru boleh berjaya.... Mana ada orang berjaya dalam hidup ni ... boleh dapat berjaya dalam masa 10 hari maupun 30 hari ?!!!
Nak kejar lailatul qadar ini juga memainkan peranan hati yang sangat cantik. jika seorang manusia dihadirkan di depan mata kita bolehlah kita bezakan yang mana satu cantik yang mana satu kurang cantik, begitu juga bab-bab pakaian..... tapi hati yang cantik ni kita takkan nampak . Sebab yang boleh menilai kecantikan hati kita cuma Allah saja yang tahu... Nak hati yang cantik ?!!! kenalah belajar bersangka baik dengan Allah dan juga pulihkan hubungan dengan Allah dulu.
Ini tidak ... kita baikpulih hubungan dengan Allah masa Ramadhan saja. Tapi sesudah Ramadhan ...segala-galanya berubah seperti sediakala sebelum datangnya Ramadhan. Hermmmm.... Macammana tu ?!!!
Nampak macam susahkan?!!! memanglah susah ... tipulah kalau saya kata eh tak lah ... senang saja buat tu...
Macammana nak senang bila hati ni penuh dengan noda-noda hitam. Nak baca satu ayat satu hari dari al-quran pun belum tentu kita boleh buat. Kau tak percaya ke? mohon recheck diri dalam sehari selepas solat berapa ayat al quran dah kita petik untuk kita fahami dan pelajari ?!!! tak payah kata petik ... Berapa kali sehari kita ambik wuduk semata-mata nak sentuh nak peluk nak cium al quran ?!!!
Ingat ... Allah memang bukan pandang pada luaran kita tapi Allah pandang hati dan amalan kita ...
Hati dan Amalan kita !!!
Hati dan Amalan Kita !!!
setahu sayalah ...selain daripada solat dan amal kebajikan tu ... baca al quran dan tutup aurat juga termasuk dalam amalan. jaga batas pergaulan pun termasuk juga. bayangkan salah satu daripada tu kita abaikan dan kita tak jaga ... Agak-agak apa persepsi Allah terhadap kita. Persepsi orang sekeliling kita tak perlu kita fikirkan ... Yang utama Persepsi Allah!!!
Alaaa... Ibarat macam ni ... Mak ayah hantar kita pergi sekolah, bagi duit belanja cukup-cukup. Sampai sekolah kita tak belajar, ponteng kelas amalan biasa. Bila Mak ayah tahu mestilah MAK AYAH kita MARAH SEBAB KITA INGKAR PADA MEREKA!!!
# Haa ... Nampak tak kat situ?!!!
mak ayah marah, orang sekeliling marah kita boleh nampak. Tapi Allah marah ... susah kita nak nampak dengan hati yang keras untuk berhijrah mengikut apa yang Allah dah tetapkan!!!
Jadi fikir-fikirkanlah !!!
Nota: Blog ni kecil-kecilan sahaja . Dulu aku pernah terfikir nak buat macam pendapatan sampingan aku. Tapi setelah difikir-fikir balik. Tak mengapalah . Biarlah ianya sekadar coretan tanpa bagi apa-apa pulangan pada aku. Aku rasa lebih tenang dengan seperti ini .... Apakah kita ni menunggu TEGURAN YANG LEBIH BESAR LAGI DARIPADA ALLAH BARU KITA NAK PATAH BALIK IKUT LANDASAN YANG BENAR ?!!!! Jawapan itu cuma ada dalam diri kita sendiri kita sahaja !!!
Monday, July 21, 2014
Mengejar Lailatul qadar !!!
Monday, March 24, 2014
Rindu ?!!! -_-"
Kosong....
Rindu .....
Tak lengkap...
Itulah yang aku rasa sekarang
Pagi Sabtu lepas keadaan sangat sunyi mendamaikan...
cuma kedengaran hanyalah kicauan burung-burung yang sedang bertasbih bertahmid ....
Apakah hati sudah mula menyatu ?!!! Dan tertanya-tanya juga ... Apakah ini yang mereka rasakan ? Dan ceritakan selama ini ... Sungguh rasa itu boleh meragut nyawa ....
Nampaknya, arus perubahan bergolak 360 darjah sekarang. Apakah Allah sudah membolak-balikkan hati aku? Mohon Allah selalu jaga selalu .... seperti dulu, kini dan selamanya....
Cuma mampu aku katakan di sini setakat ini ....
"SELAMAT TINGGAL DUNIA"
ASSALAMU'ALAIKUM AKHIRAT .....
Friday, March 7, 2014
Rendah Diri VS Rendah Hati !!! Awas!!!
Hari ini kita berbincang sedikit tentang Rendah Diri VS Rendah Hati.
Syukur Alhamdulillah ....Dalam hidup saya dikelilingi oleh guru-guru agama yang terbaik yang pernah saya temui sepanjang usia saya dari 7 tahun sehingga peringkat kolej. Terima kasih ustaz - ustaz dan ustazah - ustazah .
Masa kecil apalah yang aku faham sangat dengan perkataan rendah diri. Tapi, pandangan mata mereka aku punya sikap yang sebegitu sehingga membawa aku ke arah pasif. sedikit demi sedikit mereka pupuk keyakinan diri dalam hidup aku. sehingga aku jadi seperti sekarang. Tak adalah sehebat seperti teman - teman yang lain. Tapi, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aku boleh atasi rasa rendah diri itu dengan sendirinya berkat izin Allah.
Teringat pertanyaan seorang ustaz.
Apa itu nilai diri yang baik ikut pemahaman kamu apa yang dah kita belajar?
dengan konfiden jawab.
'rendah diri ustaz'
Ustaz mengerutkan dahinya sebentar. Dengan muka tak puashati tanya.
rendah diri ke rendah hati sakinah ?
seperti biasa aku selalu dengan sikap soalan akan dibalas dengan persoalan. Bukan memberi jawapan.
ada beza ke ustaz antara rendah diri dengan rendah hati ?
ustaz tersenyum .....dengan selamba dia bagi itu sebagai kerja rumah untuk aku yang masih keliru dengan persoalan yang dikemukakan secara tiba-tiba.
Seperti biasa ....
"oh ...apak ... dalam kelas tadi ustaz nampak tak puashati dengan jawapan saya."
aku mula mengadu.
"apa yang buat ustaz tak puashati?"
"dia tanya pasal nilai yang baik dalam cerita yang dia sampaikan. jadi, saya jawablah point penting tu rendah diri. Masalahnya ... boleh pulak dia tanya saya balik, rendah diri ke rendah hati. Ah ...pening saya ngan ustaz ni!!!"
Hero merangkap buah hati aku masa tu tergelak dengar.
" Sakinah, dengar ni ye... ingat betul-betul ....
Rendah diri lebih kepada perkara yang tak elok. Contoh .... kita selalu rasa diri kita tak bagus dari orang lain sampai satu tahap kita tak berani nak beri pendapat, tak berani berkongsi dan segala-galanya tak berani sehingga menyebabkan kita gagal berfikir untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Ada manusia yang bila rendah diri sangat-sangat akhirnya alami masalah kejiwaan. lama- lama boleh jadi gila. lama-lama hidup pun jadi sia-sia.
Rendah hati pula lebih cenderung kepada yang elok. sebab dia akan cuba buat yang terbaik untuk dirinya. gagal lah berjuta-juta kali dalam percubaan tapi dia tak pernah putus asa sebab dia tahu semuanya Allah dah aturkan untuk dia. cuma usaha dia untuk berjaya tu belum cukup lagi. walaupun dia rasa seorang yang dipenuhi dengan dosa, selalu ingkar perintah Allah.... tapi, Allah tetap bagi perhatian pada dia dalam bentuk yang lain-lain. Jadi secara tak langsung dia berusaha dan terus menerus belajar untuk mendapat redha Allah bukan setakat untuk dunia sahaja. Tapi juga buat akhiratnya.
"oh ... rendah hati tu point penting banyak ingat Allah."
Itulah yang aku boleh simpulkan seawal usia 13tahun. Sejak hari itu.... walaupun saya dan ayah saya terpisah antara dunia dan akhirat tapi perkataan ini selalu muncul dalam kehidupan aku. Baik dalam perbualan seharian, perbualan dengan teman-teman maya, bahan bacaan dan juga bahan tontonan harian saya.
Bila dah tua-tua macam ni aku buat satu kesimpulan yang sangat mudah .
Rendah diri Hati mati
Rendah hati Hati Hidup
Ok ... Nampaknya pantun dua kerat saya tak menjadi ... dan sangat kantoi saya ni memang bukan pemantun yang terbaik. selalu sahaja gagal!!! tak apa... lain kali saya cuba lagi !!!
Tuesday, January 28, 2014
Bahagiamu deritaku !!!
Tuesday, October 1, 2013
Yang Tinggal Sekadar 40%
Tahun ni saja entah berapa kali jatuh sakit...
dua hari ni dah suara aku pun tak berapa stabil...
bila aku bersuara saja aku sendiri pun turut konfius siapa yang bercakap tu ...
haaa....
Hari kedua ni yang paling sadis ...
sekarang tinggal 40 peratus je lagi suara yang tinggal....
harap esok baikpulih seperti biasa...
Nota: Kadang-kadang kita rasa ia seperti mengundang kesusahan pada kita namun hakikatnya ia mengajar kita untuk berfikir diluar kotak bagaimana untuk menghadapi saat-saat genting seperti ni... suara bagaikan satu aset besar untuk saya...
Sunday, September 29, 2013
Waiting For The Call
Dengar lagu si Irfan ni tersentuh hati.....
hampir seminggu dah abang mohd mohaldin dan kak saodah berada di tanah suci . semoga Allah merahmati kalian ... memakbulkan segala yang dihajati... mempermudahkan urusan kalian... memperbaikkan ibadah kalian.....
masa dah masuk balai kurungan untuk jemaah-jemaah haji ...
terdengar suara abang tanya ... nak mintak doa apa?!!!
saya cuma tersenyum dibalik kejauhan dan tenggelam dengan puluhan orang ramai yang berasak-asak menghantar jemaah - jemaah haji yang lain.
Bila dengar orang lain pergi macam-macam yang kita nak mintak ...
bila dah kena dengan famili sendiri baru tau rasa...
rasa macam tak nak mintak apa-apa melainkan ibadah mereka diterima dan mereka boleh jalani ibadah dengan sempurna ...itupun dah memadai....
semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah kalian berdua .. miss you !!!
Nota: tak ada gurau dah dari aku yang terkadang notty sedikit ni ... cuma sekadar senyum ... senyum dan senyum ... selalunya aku yang beria-ia menyakat .... ada doa untuk aku tak ?!!!
Friday, September 27, 2013
Dosa Percuma !!!
Ishk ...hujanlah pulak !!! (mengeluh)
itupun satu dosa kata ustaz hanafiah ni ....
1- mengumpat
2- fitnah
# kena mintak maaf dengan orang yang diumpat baru terhapus dosa!!!!
Mata
pandang pertama tak apa ...
pandang kedua dah jadi dosa ...
# ini semua dosa kecil dan boleh terhapus dengan ambil wuduk
dosa yang berpanjangan
display picture di fesbuk tak boleh seksi - seksi
tak sempat mintak maaf
dosa yang tak sedar
dosa yang mengguris hati dan perasaan orang lain.
contoh yang diberi seperti antara pendakwah dengan para pendengar ....
punca dapat dosa percuma:
sifat syaitan... ego, sombong, bongkak takabur...
suka merendahkan orang lain, suka memandang salah pada orang lain
kes terlupa pada jiran kerana sibuk tak salah
tapi...kalau sengaja mengabaikan jiran baru dapat dosa....
solat...
tak khusyuk ...
muka masam
ulasannya ... kena pandang setiap manusia di sekeliling kita ni orang yang mulia sebab kita tak tahu pengakhiran hidup masing-masing !!!
"Ya Allah ampunkan dosa aku dan dosa dia"
Thursday, September 26, 2013
Tetap Menantimu.....
Aku dah agak dah dia mesti pilih nak kahwin dengan Zara ....
dan seperti biasa...
aku mula jatuh hati untuk kali ke 3 ..( Eh ...boleh pulak kirakan?!!!)
jatuh hati sama siapa?!!!
Ohhhhh....Mr. Arrogant tu aku kenal dalam drama pontianak lagi ... tapi, rasanya dia dah lama dah berlakon. sebelum drama tu lagi. Dan kalau tak silap dia ni hero remaja dulukala...kalau tak silaplah ... tapi yang lebih menarik perhatian aku...bukan sebab rupa dia kacak.... (errr..kacak ke?!!!) tapi rupa dia ni iras-iras pelakon dari tanah seberang. Aku tak ingat nama.... Eh...melalut pulak ceritanya....
Sebenarnya aku jatuh dengan ...jeng ...jeng....jeng !!!!
jom kita layan sama-sama :)
sungguh ... inilah kali ke 3 aku dengar lagu ni !!!
Hermmm... Bilalah .....?!!!
Korang dah miliki yang pakej enjoy astro tu ke?
sejak dua menjak kebelakangan ni. channel tv dalam bilik aku di kampung dah tan pandang channel lain... melekat je kat skrin tu TV3!!!
Jadi...sekarang ni aku dah tak travel travel ke korea !!!!
Sekarangkan musim orang berhaji....apa-apa pun selamat menjalankan ibadah untuk siapa-siapa yang berada di tanah suci sekarang :) ....
buat sungguh-sungguh ye ... jangan sia-siakan peluang yang dah ada depan mata...
Herm....bestnya kan?!!!
Nota: Selalunya yang kita inginkan sangat tu Allah tak bagi... tapi yang kita nak tolak sangat tu jugak yang Allah hulur buat kita. Jangan tanya pada saya ... macammana boleh jadi macam tu?!!! Aku senang je jawab ... apa yang kau tahu sangat pasal diri engkau sampai Allah nak bagi semua apa yang kau nak?!!!! Dalam mimpi je lah beb!!!! Tak kiralah kau kerabat ke tak ...kalau Allah kata belum dan tak kan.... no wayyyyy!!!
Thursday, September 12, 2013
Oh ...MYSAYANG!!!
kecil - kecil dulu hobi aku membaca buku. alahai ... sekadar tengok-tengok gambar saja. Apalah susah sangatkan ?!!! Haaa.... Selain daripada melekat dengan buku, hobi aku juga menyanyi...setiap yang abang aku nyanyi aku mesti hafal dan nak ikut nyanyi juga.
Dalam banyak-banyak lagu yang aku ingat....
abang aku suka nyanyi Rasa sayang hey...rasa sayang sayang hey...hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey....
setiap kali abang aku nyanyi mesti aku ikut. Entah kenapa setiap kali aku nyanyi dia pandang muka aku dengan penuh tak puashati. Dia nyanyi lagi ...aku ikut lagi ...dia nyanyi lagi, aku nyanyi jugak dengan muka yang senang hati dan tanpa rasa bersalah apa-apa.
Dengan muka yang tak puashati tiba-tiba saja dia marah aku:
Hoi ... BUKAN RAKSAKSA YANG HEY LAH .. sibuk je nak menyanyi jugak..bila dah menyanyi tak betul jugak lagu!!! Baik kau diam je .. dengar !!!
aku pandang dia dengan penuh persoalan .... dalam hati tertanya-tanya :
habis tu .... kalau bukan raksaksa ... apelagi ya ?!!! Ishk dia ni ....
sehinggalah aku jejak kaki ke sekolah barulah aku tau ...
Oh .....bukan " raksaksa" ... tapi "rasa sayang"
Nota: Ini bukanlah entri untuk join mysayang @ tv3 tu. sekadar terimbas semula cerita lama bila bergema kembali lagu ni dari TV .... :)
Thursday, September 5, 2013
Cinta Dan Airmata
Mesti ramai antara kalian yang berkenan dengan ceritera Asmara Luna. Sebenarnya saya ni ibarat lama dah tak duduk Malaysia. Nama saja duduk di kepualauan Borneo tapi 48 jam duk layan Drama Korea. Akhirnya ... saya telah kembali ke pangkal jalan ...tak tahulah untuk berapa lama tempohnya. Saya dah mula layan balik drama - drama Malaysia. Sedikit demi sedikit tertipu dengan drama tempatan... Bermula cinta jannah, beralih ke Dewi lasak hingga ke Asmara Luna. Yang lelain tu saya tak jenguk lagi ...
Tengok saja cerita Asmara Luna terus jatuh cinta dengan lagu cinta dan airmata ....
Oh ...Tidak !!!
Nak tahu petikan lirik-lirik yang ada disebalik lagu ini ... boleh klik saja video atas ...
Jangan nak feeling sangat :P
Nota: sangat tidak mengenali Bahrain. Tak apalah ... ada masa saya google . Harap tahun ni dia masuk muzik-muzik ... ke pernah masuk tapi saya yang tak pandang muzik-muzik ... T___T
Tuesday, August 27, 2013
Joli VS Ijab Kabul
Awal perkenalan
Lelaki : o.k ... secepat yang mungkin saya akan masuk meminang awak. Jangan risau ye ...
Zaman bertunang...
Lelaki : nampaknye kene tukar tarikh lagi yang....duit tak cukup ni....
Masuk tahun pertama berganti tahun bertukar sambil berlari anak - anak ....
Sambil-sambil itu ....M.U datang sanggup berhabis duit untuk dapatkan tiket,
k-pop datang sanggup beratur lama semata mata nak dapatkan pas masuk
metallica datang dialah orang pertama yang masuk....
Suatu petang yang tenang ...
Tak hujan, tak panas, tak ribut, tak petir....
Si bakal pak mertua pun bertanya...
"Bila nak langsung ni ... lama dah nunggunya. Takkan duit taK cukup lagi ?..."
Lelaki : nampak gayanya macam tu lah pak...kena tunggu lagi ni ....
Pak mertua : eh ... iye ke?
Mak mertua : amboiiii .....Joli sakan boleh pulak. Part nak dirikan masjid tak mampu pulak ?!!!
Kwang ... Kwang .... Kwang !!!
Nota : Hidup ini memang selalu begitu dan begini :)
Thursday, August 22, 2013
::Dan Mereka Pun Sama ::
Ingatkan saya seorang saja yang rasa hidup ini tak menyempat Ishk .. Ishk ..Ishk ....
Friday, August 16, 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam aidil Fitri semuanya :D
sekejap lagi pembalasan dendam kesumat pada blog akan terlaksana ....
tungguuuuuu !!!!!
sebelum tu kita layan ni
Sunday, May 12, 2013
Semoga !!!
Minggu ni minggu "peperangan". Seperti biasa untuk pertama kali tahun baru ni aku tak letak tinggi sangat harapan. standard juga bila ada yang lepas. Selalunya "mood" persaingan tu datang selepas cuti pertengahan.
tak tahu kenapa?!!!
Semoga berjaya dunia akhirat!!!
Sunday, May 5, 2013
Ini Kisah Dari Sibu
bila si gadis kecil 6 tahun mula menyuarakan pendapatnya tentang politik :
damia: BN ...salah, DAP...salah habistu siapalah yang betul ?
Mama: kenapa nak ?!!!
damia: tu ....kat poster ada tanda salah ....
Setibanya di daro ...
damia: aik.... PAS pun salah juga !!!!
lor .. adalagi sambungan rupanya ....
Thursday, May 2, 2013
Semangat Hari Khamis !!!
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya ....
pagi pagi macam ni memang elok layan you tube. tapi... bila hati tengah kusut tu elakkan daripada melayan yang bukan-bukan... carilah hal yang lebih bermanfaat lagi.
Hadiah untuk semua ...
lagu kat atas tu ... lagu tu shahir yang bawa sebennarnya ... tapi dalam program dikir zikir ni ... special sikit dengan pembawaan unic ... errr unic tu ada ahli baru ke? lama betul tak ikuti perkembangan semasa ni. bertahun sudah ....
Nota: yelah ... aku ngaku aku baru je nak berjinak-jinak dengan upload dari youtube ni ...tak salah mencuba!!!
Wednesday, May 1, 2013
Mati Rasa !!!
Ibarat begitulah keadaan sekarang ...
Sunday, April 28, 2013
Usu , Amir & Ayammen?!!!
Bermulalah satu al-kisah di suatu petang yang panas selepas turun gerimis ...
kring !!! kring !!!! kring !!!
"di mana sekarang ?!!!"
"ade di flat. Kenapa?"
"cepat kemas kita keluar makan nasi. Dalam masa 25 minit lagi sampai."
"haishhh mana sebenarnya ni ? "
"dalam feri daro."
" eh ...betul ke ?"
" taklah di sibu ni . "
" Eeeeeeee..... geramnya!!!!!"
"hahaha.,,, cepat kemas dalam feri daro no nak ajak keluar makan . "
sepantas kilat bangun, mandi dan kemas.
di lokasi open air...
Amir : usu .,, oh usuuu ... kamek ada ayammen...
usu : hah ?!!! ayammen?!!!
Amir: aok usu ... ayammen!!! ayammen pun sik taukkah ?
usu : ayammen tu apa amir ?!!!
ibu amir : apa dia cakap su ?
usu: dia bagitau dia ada ayammen.da
e
ibu amir : ada apa amir ?ayammen ? apa ayammen tu
amir : ee.. usu tuk , ayammen pun sij taukkah ? ayammen tu ..,blaaa bla blaaa,...
(dia mula stori dalam bahasa kanak-kanaknya bercampur pelat)
ibu amir: oh .... ironman !!!!!
akhirnya aku mula faham spisis mana satu 'ayammen' ni...ingatkan mainan baru kanak-kanak seusia Izz Amirudin ...
Nota: masa dia cakap tu aku dah bayangkan ala ala ironman tapi dalam bentuk yang berlainan
rasanya tak perlu diulaskan lebih lanjut macammana rupa ayammen yang aku imejin..
alaaa...korang tukar je ironman tu dalam bentuk ayam !!!!
Thursday, January 17, 2013
onmode Travelllllllll !!!!!!!!!
lama juga tak update blog ni. Biasalah ... dalam 2 minggu pertama ni banyak penyesuaian yang nak kena buat ... 24 hb januari ni sibuk untuk maulidurasul pula ....
saya usaha saja nak menten kan tahap kesihatan sekarang ni ...
Besok ingat nak gerak ke sibu
abg kata nak buat kenduri doa selamat ....
nota : agaknya kenduri selamat untuk aku bila la nak buat ye hihihi




.jpg)

.jpg)

