Monday, July 21, 2014

Mengejar Lailatul qadar !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera
sedar tak sedar kita dah masuk fasa terakhir ramadhan

apa khabar masjid-masjid dan surau ?!!!
Semasa menjelajah Fesbuk tadi petang saya terbaca tentang status yang berkaitan
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

Masa bujang VS masa Dah Kawin

Pendek kata status news feed saya hari ini penuh dengan kisah zaman bujang VS zaman alam rumahtangga

o.k saya memang akan selalu ingat point-point penting !!!

Itu cerita satu. Cerita keduanya pula seperti biasa malam - malam fasa ketiga ni ramai yang berusaha nak kejar malam lailatul qadar . Seperti tahun-tahun yang lainnya juga seperti biasa saya saling ingatkan diri saya

bila nak kejar malam lailatul qadar ni
kejarlah bukan bermula 1 ramadhan ....
tapi kejarlah setiap hari bermula dari saat engkau nak mengejarnya....
(korang faham ke tak ni?!!!)

Alaa ... simple sahaja ...
kita ni selalu hidup nak berjaya, bergaji besar, pendek kata semua yang besar-besar.
Nak dapat value yang besar-besar ini mestilah kita usaha dari awal-awal kita dah pasang niat ataupun cita-citakan ?!!! Haaa ... baru boleh berjaya.... Mana ada orang berjaya dalam hidup ni ... boleh dapat berjaya dalam masa 10 hari maupun 30 hari ?!!!

Nak kejar lailatul qadar ini juga memainkan peranan hati yang sangat cantik. jika seorang manusia dihadirkan di depan mata kita bolehlah kita bezakan yang mana satu cantik yang mana satu kurang cantik, begitu juga bab-bab pakaian..... tapi hati yang cantik ni kita takkan nampak . Sebab yang boleh menilai kecantikan hati kita cuma Allah saja yang tahu... Nak hati yang cantik ?!!! kenalah belajar bersangka baik dengan Allah dan juga pulihkan hubungan dengan Allah dulu.

Ini tidak ... kita baikpulih hubungan dengan Allah masa Ramadhan saja. Tapi sesudah Ramadhan ...segala-galanya berubah seperti sediakala sebelum datangnya Ramadhan. Hermmmm.... Macammana tu ?!!!

Nampak macam susahkan?!!! memanglah susah ... tipulah kalau saya kata eh tak lah ... senang saja buat tu...
Macammana nak senang bila hati ni penuh dengan noda-noda hitam. Nak baca satu ayat satu hari dari al-quran pun belum tentu kita boleh buat. Kau tak percaya ke? mohon recheck diri dalam sehari selepas solat berapa ayat al quran dah kita petik untuk kita fahami dan pelajari ?!!! tak payah kata petik ... Berapa kali sehari kita ambik wuduk semata-mata nak sentuh nak peluk nak cium al quran ?!!!

Ingat ... Allah memang bukan pandang pada luaran kita tapi Allah pandang hati dan amalan kita ...
Hati dan Amalan kita !!!
Hati dan Amalan Kita !!!

setahu sayalah ...selain daripada solat dan amal kebajikan tu ... baca al quran dan tutup aurat juga termasuk dalam amalan. jaga batas pergaulan pun termasuk juga. bayangkan salah satu daripada tu kita abaikan dan kita tak jaga ... Agak-agak apa persepsi Allah terhadap kita. Persepsi orang sekeliling kita tak perlu kita fikirkan ... Yang utama Persepsi Allah!!!

Alaaa... Ibarat macam ni ... Mak ayah hantar kita pergi sekolah, bagi duit belanja cukup-cukup. Sampai sekolah kita tak belajar, ponteng kelas amalan biasa. Bila Mak ayah tahu mestilah MAK AYAH kita MARAH SEBAB KITA INGKAR PADA MEREKA!!!

# Haa ...  Nampak tak kat situ?!!!

mak ayah marah, orang sekeliling marah kita boleh nampak. Tapi Allah marah ... susah kita nak nampak dengan hati yang keras untuk berhijrah mengikut apa yang Allah dah tetapkan!!!

Jadi fikir-fikirkanlah !!!
Nota: Blog ni kecil-kecilan sahaja . Dulu aku pernah terfikir nak buat macam pendapatan sampingan aku. Tapi setelah difikir-fikir balik. Tak mengapalah . Biarlah ianya sekadar coretan tanpa bagi apa-apa pulangan pada aku. Aku rasa lebih tenang dengan seperti ini .... Apakah kita ni menunggu TEGURAN YANG LEBIH BESAR LAGI DARIPADA ALLAH BARU KITA NAK PATAH BALIK IKUT LANDASAN YANG BENAR ?!!!! Jawapan itu cuma ada dalam diri kita sendiri kita sahaja !!!





Monday, March 24, 2014

Rindu ?!!! -_-"

Sunyi ....
Kosong....
Rindu .....
Tak lengkap...

Itulah yang aku rasa sekarang
Pagi Sabtu lepas keadaan sangat sunyi mendamaikan...
cuma kedengaran hanyalah kicauan burung-burung yang sedang bertasbih bertahmid ....

Apakah hati sudah mula menyatu ?!!! Dan tertanya-tanya juga ... Apakah ini yang mereka rasakan ? Dan ceritakan selama ini ... Sungguh rasa itu boleh meragut nyawa ....

Nampaknya, arus perubahan bergolak 360 darjah sekarang. Apakah Allah sudah membolak-balikkan hati aku? Mohon Allah selalu jaga selalu .... seperti dulu, kini dan selamanya....

Cuma mampu aku katakan di sini setakat ini ....

"SELAMAT TINGGAL DUNIA"

ASSALAMU'ALAIKUM AKHIRAT .....

Friday, March 7, 2014

Rendah Diri VS Rendah Hati !!! Awas!!!

Awas ye !!!!!

Hari ini kita berbincang sedikit tentang Rendah Diri VS Rendah Hati.
Syukur Alhamdulillah ....Dalam hidup saya dikelilingi oleh guru-guru agama yang terbaik yang pernah saya temui sepanjang usia saya dari 7 tahun sehingga peringkat kolej. Terima kasih ustaz - ustaz dan ustazah - ustazah .

Masa kecil apalah yang aku faham sangat dengan perkataan rendah diri. Tapi, pandangan mata mereka aku punya sikap yang sebegitu sehingga membawa aku ke arah pasif. sedikit demi sedikit mereka pupuk keyakinan diri dalam hidup aku. sehingga aku jadi seperti sekarang. Tak adalah sehebat seperti teman - teman yang lain. Tapi, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak aku boleh atasi rasa rendah diri itu dengan sendirinya berkat izin Allah.

Teringat pertanyaan seorang ustaz.

Apa itu nilai diri yang baik ikut pemahaman kamu apa yang dah kita belajar?

dengan konfiden jawab.

'rendah diri ustaz'

Ustaz mengerutkan dahinya sebentar. Dengan muka tak puashati tanya.

rendah diri ke rendah hati sakinah ?

seperti biasa aku selalu dengan sikap soalan akan dibalas dengan persoalan. Bukan memberi jawapan.

ada beza ke ustaz antara rendah diri dengan rendah hati ?

ustaz tersenyum .....dengan selamba dia bagi itu sebagai kerja rumah untuk aku yang masih keliru dengan persoalan yang dikemukakan secara tiba-tiba.

Seperti biasa ....

"oh ...apak ... dalam kelas tadi ustaz nampak tak puashati dengan jawapan saya."
aku mula mengadu.

"apa yang buat ustaz tak puashati?"

"dia tanya pasal nilai yang baik dalam cerita yang dia sampaikan. jadi, saya jawablah point penting tu rendah diri. Masalahnya ... boleh pulak dia tanya saya balik, rendah diri ke rendah hati. Ah ...pening saya ngan ustaz ni!!!"

Hero merangkap buah hati aku masa tu tergelak dengar.

" Sakinah, dengar ni ye... ingat betul-betul ....

Rendah diri lebih kepada perkara yang tak elok. Contoh .... kita selalu rasa diri kita tak bagus dari orang lain sampai satu tahap kita tak berani nak beri pendapat, tak berani berkongsi  dan segala-galanya tak berani sehingga menyebabkan kita gagal berfikir untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Ada manusia yang bila rendah diri sangat-sangat akhirnya alami masalah kejiwaan. lama- lama boleh jadi gila. lama-lama hidup pun jadi sia-sia.

Rendah hati pula lebih cenderung kepada yang elok. sebab dia akan cuba buat yang terbaik untuk dirinya. gagal lah berjuta-juta kali dalam percubaan tapi dia tak pernah putus asa sebab dia tahu semuanya Allah dah aturkan untuk dia. cuma usaha dia untuk berjaya tu belum cukup lagi. walaupun dia rasa seorang yang dipenuhi dengan dosa, selalu ingkar perintah Allah.... tapi, Allah tetap bagi perhatian pada dia dalam bentuk yang lain-lain. Jadi secara tak langsung dia berusaha dan terus menerus belajar untuk  mendapat redha Allah bukan setakat untuk dunia sahaja. Tapi juga buat akhiratnya.

"oh ... rendah hati tu point penting banyak ingat Allah."

Itulah yang aku boleh simpulkan seawal usia 13tahun. Sejak hari itu.... walaupun saya dan ayah saya terpisah antara dunia dan akhirat tapi perkataan ini selalu muncul dalam kehidupan aku. Baik dalam perbualan seharian, perbualan dengan teman-teman maya, bahan bacaan dan juga bahan tontonan harian saya.

Bila dah tua-tua macam ni aku buat satu kesimpulan yang sangat mudah .

Rendah diri  Hati mati
Rendah hati Hati Hidup

Ok ... Nampaknya pantun dua kerat saya tak menjadi ... dan sangat kantoi saya ni memang bukan pemantun yang terbaik. selalu sahaja gagal!!! tak apa... lain kali saya cuba lagi !!!


Tuesday, January 28, 2014

Bahagiamu deritaku !!!

Tahniah untuk LY BAIDURI atas kemenangan besar lagu di atas.......
Memula dengar lagu ni masuk AJL 
Respon aku :

"haish...kenapa lagu ni pulak....tak berkenanlah"

teringat sembang kopi sesama kawan-kawan kemain lagi kekawan puji sangat lagu ni.

aku?
-diamkan diri saja-

tapi semuanya berubah bila dengar hafiz nyanyi lagu ni secara lintas lagsung 

sentuhan lagu LY Baiduri ni memang masih 'power' juga
cuma aku saja yang tak ikuti perkembangan muzik 

Tuesday, October 1, 2013

Yang Tinggal Sekadar 40%

Dua minggu berturut-turut aku tak sihat ...
Tahun ni saja entah berapa kali jatuh sakit...
dua hari ni dah suara aku pun tak berapa stabil...
bila aku bersuara saja aku sendiri pun turut konfius siapa yang bercakap tu ...

haaa....

Hari kedua ni yang paling sadis ...
sekarang tinggal 40 peratus je lagi suara yang tinggal....
harap esok baikpulih seperti biasa...

Nota: Kadang-kadang kita rasa ia seperti mengundang kesusahan pada kita namun hakikatnya ia mengajar kita untuk berfikir diluar kotak bagaimana untuk menghadapi saat-saat genting seperti ni... suara bagaikan satu aset besar untuk saya...

Sunday, September 29, 2013

Waiting For The Call


Dengar lagu si Irfan ni tersentuh hati.....
hampir seminggu dah abang mohd mohaldin dan kak saodah berada di tanah suci . semoga Allah merahmati kalian ... memakbulkan segala yang dihajati... mempermudahkan urusan kalian... memperbaikkan ibadah kalian.....


masa dah masuk balai kurungan untuk jemaah-jemaah haji ...
terdengar suara abang tanya ... nak mintak doa apa?!!!

saya cuma tersenyum dibalik kejauhan dan tenggelam dengan puluhan orang ramai yang berasak-asak menghantar jemaah - jemaah haji yang lain.

Bila dengar orang lain pergi macam-macam yang kita nak mintak ...
bila dah kena dengan famili sendiri baru tau rasa...

rasa macam tak nak mintak apa-apa melainkan ibadah mereka diterima dan mereka boleh jalani ibadah dengan sempurna ...itupun dah memadai....

semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah kalian berdua .. miss you !!!


Nota: tak ada gurau dah dari aku yang terkadang notty sedikit ni ... cuma sekadar senyum ... senyum dan senyum ... selalunya aku yang beria-ia menyakat .... ada doa untuk aku tak ?!!!

Friday, September 27, 2013

Dosa Percuma !!!

Ishk ...hujanlah pulak !!! (mengeluh)

itupun satu dosa kata ustaz hanafiah ni ....

1- mengumpat
2- fitnah

# kena mintak maaf dengan orang yang diumpat baru terhapus dosa!!!!

Mata
pandang pertama tak apa ...
pandang kedua dah jadi dosa ...

# ini semua dosa kecil dan boleh terhapus dengan ambil wuduk

dosa yang berpanjangan
display picture di fesbuk tak boleh seksi - seksi
tak sempat mintak maaf

dosa yang tak sedar
dosa yang mengguris hati dan perasaan orang lain.
contoh yang diberi seperti antara pendakwah dengan para pendengar ....

punca dapat dosa percuma:
sifat syaitan... ego, sombong, bongkak takabur...
suka merendahkan orang lain, suka memandang salah pada orang lain

kes terlupa pada jiran kerana sibuk tak salah
tapi...kalau sengaja mengabaikan jiran baru dapat dosa....

solat...
tak khusyuk ...
muka masam

ulasannya ... kena pandang setiap manusia di sekeliling kita ni orang yang mulia sebab kita tak tahu pengakhiran hidup masing-masing !!!

"Ya Allah ampunkan dosa aku dan dosa dia"