Sunday, November 22, 2009

I believe I can fly by sha83@kaizer


tatau le nak mula dari mana. nak aku ceritakanpayah pula. tak nak aku ceritakan pun susah juga. tapi bagi aku lagi elok jika dikongsi bersama.

rasanya geng-geng yang lain dah tahu aku fly last minit dengan dorang umie. hakhakhakkk...

gini ceritanya.
hari tu aku dah konpem ikut cadangan abang no.3 dan no.4 nak apply PJJ tu. alih-alih diminta untuk pikir sekali lagi. aku pula jenis yang bila sekali orang suruh pikir aku malas dah nak pikir. patah hati dan kecek kat abang dua orang tu dengan sayu. tak apalah tunggu dapat keje tetap dulu meh!

dengan langkah yang sayu... aku cakap dalam hati eden sobar nie.. sobar ... tak po ...sob sob sob... sampai je kat bilik operasi kitorang tiba-tiba dikhabarkan satu lagi berita. lagu aku sayu... pilu ... sampai nyanyi lagu hindustan.... harey.. harey harey... erk betul ke wording tu... lagu petikan dari filem Josh.

sampai kat rumah aku tak tahan gtau kat umie ... hal tersebut. (sambil nangis golek-golek atas lantai). erkkk ?!! golek golek atas lantai adeihh o.k aku tipu. setkat peluk dinding ruang tamu tu adalah. huhuu...siap buat muka kesian lagi. dengan rasa sayu melihat keadaan aku .. umie tempah satu tiket untuk aku ;p . jadi ianya memang tiada dalam perancangan. hakhakhakkk...

nota: kesimpulannya di sini. korang tak payah ikut sangat rasa sedih sayu pilu di hati kerana. Allah pasti akan gantikan sesuatu yang munkin ia tak adalah seistimewa manapun .. tapi yang pasti ia boleh menghibur hatimu yang sedang dilanda duka.

Friday, November 20, 2009

Segalanya di sini


gambar ni diambil masa jaga adik siti di hospital Umum Sarawak. dulu sha pun penah dihantar ke sini. gara-gara luka dijari nampak berdarah. luka dihati tak siapa yang tahu. time ni le kenal dengan shyrul, gmah dan majeng.


ini lah dia syarafudin sayang anak buah aku. hihii. comel kan kan kan... dia ni lah yang patag tangan tu. alhamdulillah hari ni balutan tu dah dibuka. kesian jugak tengok dia. hehehe... tak pe ... len kali mandi lah sungai lagi ye adek sayang.


ini gambar adek amid yang genius. hehee ... dia ni "terlebeh kepada" shuffler. hakhakhakkk ... minat sangat ngan tu ...

yg gune baju tengah tu shamsul ariffin studi kat UMP. yang beso sebelah dia tu lah hisyam. dan yang kecik t syaifudin.


ini gambar kenangan masa di hosital umum sarawak. wakakkaka ... shyrul malu seyh nak gambar sama. jadi diajdi jurukamera je .. sikit pun tak nak kite nak ambil gambar. woh ho... tau le diri ini kecik. tapi jangan gelak cam tu tau. takde hati perut langsung. tembk kang ... bang bang!!!

Thursday, November 19, 2009

Salam Terakhir Buat Tahun 2009


Syukur alhamdulillah. Berakhir juga ya tugas aku untuk tahun ini. dalam setahun banyak hal yang berlaku sepanjang aku menjalankan tugas. aku ingin kongsi sedikit pengalaman terakhir aku untuk tahun ini.

sesi pagi :

awal pagi lagi aku sudah masak nasi. aku takut tidak sempat. dan anak umie & abie pula akan kelaparan di rumah. lauk-lauk sudah aku panaskan. tiba-tiba henponb kesayangan aku berteriak menyanyikan lagu opick-bila waktu telah berakhir. dengan pantas tangan aku mencapai henpon lalu menekan butang read.

sis izan: assalamu'alaikum. sakinah nah nak liluk pingah siduk sekali ya?
( assalamu'alaikum, sakinah nanti jangan lupa bekal sudu sekali ya? )

aku: o.k ko lambet jimit selow plak anum bak pisam kun isyam.
( o.k saya lambat sikit slow pulak air nak masak makanan tok isyam.)

Jam 7 lebih aku mula mengatur langkah menuju ke lokasi tempat aku bertugas. sampai di bilik operasi. aku dan teman-teman aku terus bergegas ke department masing-masing.

ambil port masing-masing .. tangan-tangan bergerak dengan pantas bekerja penuh efisyen sehinggakan mulut pun turut bekerjasama ... huhuu ... sehinggakan manager kitorang bersuara.

" woh entah bile lah nak siap keje korang ni ... asik cerita pasal nenek kebaya je dari tadi !!! "

dengan selamba jawab " takpo eh .. tangan efisyen mulut pun sama hihiiii "

*** agak-agak kalau keje dalam kilang dah kene dah muke kitorang nie, most wanted ler lebih kurang macam tuh.

itu baru tugas pertama...
habis tugas tuh .. kitorang blah pegi jumpa carik BIG BOSS kitorang. naik atas sambil duduk bersila dengan penuh sopan dan lagak seorang gadis ayu ...

sis izan: sakinah, aweslah keluarkan siduk dun. (sakinah cepatlah keluarkan sudu tuh...)
aku: o.k boss!!!

bukak beg kecik aku ... yang berharga Ringgit Malaysia 6.80 sen (kes kes kes)
very mahalkan ?!!! ibarat senyum semanis kambing ... maka, aku keluarkan sudu-sudu ajaib itu. kemudian bersantailah kami sambil menikmati dadih capucino yang dibuat oleh kak izan ;p seedaaapppnyer.... maaf ... iklan ini tidak dapat disiarkan !!! huahuahuaa...

selesai sudah keje part 1...

sesi petang :
sebelum turun ke lokasi .. sempat lagi aku layan lagu insan yang terhina by khalifah. ishkkk speaking pulak dah. aku kemas-kemas ... sebelum turun ke lokasi sempat lagi aku jemur pakaian huahuahuaa... aku dah habaq dah .. memang sungguh efisyen geng-geng kitorang. dengan atur lankah ya pantas aku terus serbu bilik kesihatan;p

di situlah kami bertapa dan memulakan operasi kedua... pengagihan bunga-bunga telur nasi kuning ngan air-air...

pada sesi petang itu. kerja-kerja kami telah dibantu makcik-makcik yang berefisyen lebih tinggi daripada kitorang. yelah... kitorangkan muda-muda belia ... jadi ...pengalaman kureng. mintak pendapat dengan yang tua lah lagi bagus. tapi last-last dorang jugak yang mintak pendapat kitorang. hikhikkk...

siap semua kerja pengagihan...tugas kitorang angkot barang-barang tu diacara kemuncak untuk dibahagi-bahagikan kepada tetamu yang hadir. termasuk ibu-bapa dan murid-murid. kumpulan kompang dengan marhaban pun ada sekali tau. kira meriah sesungguhnyalah untuk majlis khatam al- qur'an sempena kali kedua tahun 2009.

woh..berebut-rebut orang nak dapat bungkusan tuh ... alhamdulillah akhirnya habis jugak. setiap bakul yang kitorang angkot mesti habis isinya. hakhakkkk... laku jualan ek ... jualan F.O.C a.k.a free of cas...tu beb...

habis keje masa on the way balik bilik kesihatan . ada beberapa orang bekas budak-budak yang aku jaga dulu terserempak dengan kitorang. dorang pun tegur lah dan salam.

mereka-meraka : assalamu'alaikum ******, wah lama dah tak jumpa ******. makin cantik 8888888 sekarang....

aku:wa'alaikumsalamwbt .. uitz .. makin cantik ek? kawin je tak lagi nieh...

mereka-mereka: 8888888 kawinlah cepat-cepat. tak sabar nak gi kenduri 8888888.

aku: amboi...doa je lah saya kawin cepat ek .. tak pun korang je lah cari calon untuk saya... (sambil gelak manja dan jeling dengan mata yang nakal)

huahuahuahuaaaa....

***entah bilalah tiba saat dan detik itu ya ?!!!

siap semua tu .. apalagi sesi bergambarlah jawabnya...
apa?!!! nak tengok gambar tu? tak nak le .... malu ... hikhikkkk ...

NOTA: best sangat-sangat dapat buat kerja sama dengan kawan-kawan. syukur alhamdulillah. dalam tahun ni memang jarang gotong royong macam tu diadakan.

Wednesday, November 18, 2009

November Rain another version story

" ustaz... maaf...saa nk mintak izin utk tak duduki seminar hari ni ..."
" kenapa? bagi saya satu alasan yang logik ..."
"ayah saya .. dia akan sampai sekejap lagi ..."
"dia di mana sekarang?"
"dia on the way balik dari hospital... doktor cakap dah tak de harapan lagi ... kalau ustaz tak izinkan pun sy akan balik jugak . saya nak tolong kemas kemas bilik tempat ayah.maaf ustaz."

sambil berlalu ..gadis yang bertubuh kecil itu langsung tidak memandang ke belakang lagi . dia pasrah. fikirannya hanya tertumpu kepada seorang yang dipanggilnya ayah selama ini.

setibanya di rumah, dia terus membantu orang-orang di rumahnya membuat kerja-kerja mengemas...tepat jam 11..kelihatan sau kenderaan yang dipertanggungjawabkan untuk membawa tubuh yang tidak berdaya itu di depan rumah gadis bertubuh kecil itu.

gadis hanya memandang pandangan yang kosong. tanpa suara dan tanpa airmata. lantas diambil wuduk ... dan kedengaran lafaz dari surah al-fatihah menuju ke surah yassin mula bermain-main di bibir mungil gadis itu. hainya merintih namun airmata itu tidak mampu untuk ditumpahkan.

detik demi detik berlalu, tiba-tiba sang ayah menyebut nama anak nya satu persatu ...
dan bila tiba pada nama si gadis ... gadis yang tadinya mengelamun di tepi tingkap memandang ayahnya bersama linangan airmata.

kelihatan benar saat itu makin hampir dan kian hampir . dalam hati kecilnya bekata. "andai bisa nyawa aku bisa aku tukar ganti dengan ayah alangkah baiknya. aku tidak sanggup melihatnya menghadapi sakaratul maut.aku sayang ayah. kurangkanlah rasa sakitnya ya Allah. aku rela sekiranya kau ingin mengambil dia dari aku andai mati itu lebih baik untuknya, aku tidak sanggup melihat dia menderita terus terusan seperti ini . hentikanlah semua ini ya Allah . aku tidak tahan melihat dia sakit. tempatkanlah dia di kalangan kekasih-kekasihMU ya Allah. amiin. "

"kesian ayah..." rintih hati si kecil itu ...

selesai azan maghrib ....
tiba-tiba nafas itu terhenti ....
berakhirlah satu kisah kehidupan di dunia seorang hamba Allah. kedengaran esakan tangis memenuhi ruang rumah itu. kedengaran sang abang yang kecewa teramat sangat. kelihatan si gadis kecil itu tenang sahaja namun, airmatanya tetap tidak berhenti dari mengalir. dalam hatinya cuma satu ... "syukur alhamdulillah ya Allah, aku yakin perancangan MU adalah yang Maha Hebat. dan itu adalah yang terbaik untuk ayah ku ... tolong aku jaga dia di akhirat sana...aku sayang sama dia...bagitau dia ... aku asti akan menyusul dia dan ibu di sana nanti. tunggu aku...amiin..." rintih hati kecil itu.

lantas kenangan lama muncul silih ganti berganti ...

Insan Terhina

by khalifah

Dikala malam ku bersendirian
Berteman bulan bintang cahayanya suram
Hati tersiksa jiwa ku merana
Mengharap kasihnya orang

Apakan daya ku insan biasa
Pedih jiwa ku rasa bila dihina
Hanya linangan oh airmata
Menjadi teman kala duka

Kasih yang aku semai
Racun bisa balasannya
Apakah ini suratannya diriku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Oh kekasihku

Istana yang ku bina
Runtuhnya sekelip mata
Hancurnya satu cinta yang setia
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerana balasan cintamu padaku
Oh kekasihku

Berlalu sudah cinta yang terlara
Hanya jadi kenangan dalam ingatan
Ungkapan bisa masih ku terasa
Akulah insan yang terhina
Akulah insan yang terhina
Akulah insan yang terhina

Nota: entah apa hantu yang merasuk tibe tibe je boleh falling in love ngan group nie ... ishk ishk ishk ...

Thursday, November 5, 2009

siapa Adam dalam hati sha83@kaizer ?!!!



pernah satu tika dulu seorang adam kata :

~ dia: ko ni patut jadi penerbit rancangan je. semua cerita dalam tv ko tau.
aku: tak lama lagi lingkup le program tv malaysia kalo aku masuk keje (jawab dgn
selamba)

tibe - tibe ...
pagi tu aku bangun awal lebih awal daripada biasa... dan sepertinya kelihatan agak luar biasa. yang luar biasanya sebab aku layan MHI rancangan yang disiarkn awal-awal pagi di tv3. maka di situlah bermula al-kisah aku bersama cinta aku ...

berminggu-minggu aku asyik dengan si adam ... setiap selasa mesti ada date ngn dia..asyik melayan si adam je kejenya ... dalam hati berbicara ... kalau terlepas kawin ngn orang macam adam ni ... mesti frust giler!!! tak mao tukar ganti dah !!!
adam ni dulu jenis yang suke poye-poye. kaki clubing ... tapi selepas ayahnya accident .. dia telah tukar identiti. muncullah adam dengan watak baru .. seorang yang bertanggungjwb .. baik... bijak...pokok pangkalnya perfect la... tapi yang sadisnya .... aku tak pasti ending si adam ni ... sebab .. memang selalu macam tu pun ...hakhakhak... asal episod akhir ... mesti tak dapat tengok .. time tu jugak blackout !!! ~ sanggup tak chat dan update blog masa tu ~

begitulah pengaruh adam ke atas aku ~~~

sehinggalah akhirnya muncul seorang lagi adam yang boleh mempengaruhi hidup aku ...selalu tertunggu tunggu setiap kali kemunculannya saban hari ... bile dia muncul depan aku .. satu je aku terpikir mustahil dia boleh muncul di depan mata aku sekarang. itu semua mainan perasaan semata-mata. tapi aku nak sangat jumpe kedua dua adam tu ...namun aku lebih tertarik pada adam kaizer berbanding adam bunian :malu

~~~tapi ... itu hanyalah dalam kaizer dan sumpah bunian ... :haru

nota: sungguhpun aku tak jumpe kedua-dua adam tu tapi ...ada seorang mamat ni. bolehlah dikatakan sipi-sipi macam adam kaizer... nak sangat-sangat jumpe dia ... tapi cemaner ?!!!

Wednesday, November 4, 2009

Darah !!!



darah ?!!!
uitz... darah ape ek?!!! sekarang ni melimpah ruah darah tumpah ke bumi ... tak kira lah darah apa yang melimpah .... perang sana perang sini .. gempa sana gempa sini ... banjir sana banjir sini ...

masa tu juga lah yang datang ambil kesempatan ... tak kira kesempatan apa yang dorang nak ambil .. baik dari segi merompak .. memusnah .... menaikkan nama... semua boleh ... ibarat macam ambil kesempatan dalam kesempitan la tuh...

Nota: kalo dah ibarat macam tu ... entah roper mana lah manusia yang akan hidup pada masa² akan datang ...